28 September 2006

Menu Berbuka Pose...

MENU BERBUKA HARI PERTAMA

Nasi + Daging Masak Lemak + Bayam Merah Goreng + Ikan Patin Goreng + Sambal Tumis Ikan Patin + Sambal Belacan + Ulam Kacang Botol / Petai + Air Oren Sanquick + Kurma + Buah Lai + Goreng Pisang + Pengat Pisang + Kuih Temosa

MENU BERBUKA HARI KEDUA

Nasi + Masak Lemak Sayur Maman + Tomyam + Ikan Patin / Ayam Goreng + Sambal Tempoyak + Ulam Petai / Kacang Botol + Tauhu Sumbat + Popia Goreng + Kuih Buah Melaka + Air Oren Sanquick + Kurma + Buah Lai

MENU BERBUKA HARI KETIGA

Nasi + Asam Pedas Ikan Pari + Rendang Hati Ayam + Ikan Cencaru Bakar Cicah Air Asam + Ikan Terubuk Goreng + Ulam Kacang Botel + Kuih Ketayap + Kuih Seri Muka + Karamel + Roti Gulung + Kurma + Air Teh Susu + Bubur Pisang

MENU BERBUKA HARI KEEMPAT

Nasi + Sayur Lemak Nangka + Kerabu Taugeh + Sup Tulang + Ikan Bilis Goreng Ngan Tempe + Pajeri Terung + Ayam Percik + Ayam Golek + Ikan Talapia Goreng + Air Teh Susu + Kuih Kaswi + Agar-Agar Hijau + Tauhu Sumbat + Kurma

Itulah antara menu hidangan berbuka pose aku berempat selama 4 hari berpuasa ni, rasa cam terliur tak? jangan meleleh ayaq liuq korang tu sudah ler yerr..yg pasti tak semuanyer dimasak sendiri, certain2 tu tibai huluq duit jer kat bazar ramadhan…hehehe dan yg pastinyer time kitorg beli tu, tiap kali tu ler diorg yg bertiga tu melainkan aku ni, kena sakit perut…sampai mlm tadi pun ader yg x boleh nak menunaikan solat terawih, sakit perut punyer pasal…mak aku pun sempat wat 8 rakaat jer…apsal ekk perut aku leh tahan dari perut org lain? Adik aku kata dinding perut aku cam kulit boyer (wakakaka…) aku jwb cam kulit biawak…(wakakaka…) padahal kalau korg nak tahu dlm 4 org tu, aku ler yg paling byk sekali mkn, yg bertambah aku lerr…yg tukang perabih aku lerr…nak wat camner selera tinggi beb…

26 September 2006

Awal Bulan Pose...

Maiza Azrina : Slm Ramadhan Al-Mubarak, Semoga mendapat taufik dan hidayah kepada kita, Selamat Berpuasa (sms minah ni tah camner aku terdelete, bih2 kurang la ni, aku ingat2 jer ni…ko jgn marah azrina, ko tu tgh peknen…jgn suka memarah aku tau, hehehehe…)

Ieyta : Tiada Hari Seindah Jumaat, Tiada Kata Seindah Zikir, tiada Ibadah Seindah Solat, Tiada Bulan Seindah Ramadhan, Salam Ramadhan Al-Mubarak.

Nozie : Most Beautiful Word = Allah, Most Beautiful Song = Azan, World’s Perfect Encyclopedia = Al-Quran, Best Exercise = Praying, Best Diet = Fasting. Selamat Berpuasa.

Yatie : Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya, harta itu racun, zakat itu ubatnya, perkataan yg sia2 itu racun, zikir itu ubatnya, seluruh tahun itu racun, ramadhan itu ubatnya, seribu mlm itu racun, mlm lailatul qadar itu ubatnya. Slmt menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Lakukan ibadat sedaya kita mampu. Moga diberkati Allah.

Elly : Selamat Berpuasa…

Mas (UIA) : Bila nak buat jahat time bulan pose ni, pikirlah le byk kali, tanyer iman pasti jwb x boleh…tapi kalau tanyer aiman, habih arrr…sbb ape, nanti dia jwb – aiman tak kisah…Selamat Berpuasa (Nis nyer sms pun lebih kurang camni gak, hehehehe)

Kak Ina (Rompin) : Salam Ramadhan, semoga mendapat keinsafan dan keberkatan hendaknya, selamat berpuasa…

Linda : Selamat Berpose…(sori ganggu ko kat kg ari tu...)

Member Tganu : Harta yang paling untung sabar, teman yg paling akrab amal, pengawal yg paling waspada diam, bahasa yg paling indah senyum, org yang paling ensem…biasalah…yg antar sms ni la…(hehehehe) slmt berpuasa – perasannyer olang..

Bf aku : Selamat Berpuasa…balik kg nanti kim slm kat mak ayg ekk (adehhh…x kreatif, x puitis, x romantiknyerrrrrrrrrrrrr…..)

Sms Sesat : Walau Tangan Tak Terjabat Namun Hati Tetap Terikat. Sucikan Hati, Bersihkan Jiwa – Selamat Menyambut Bulan Suci Ramadhan (tah sape2 budak ni, aku pun x kenal, silap number katanyer...apepun thanks utk budak name izwan tu).


Itulah antara ucapan2 yg aku terima sempena sambutan bulan puasa ni…thanks utk u all…tak lupa jugak aku nak ucap Salam Ramadhan untuk sumer member2 blog aku, member2 chatting aku yg mane selalu baca blog aku ni…dah promotion tu, jgn lupa jenguk2 kat sini tau…aku suka bangat baca komen2 korang tu, kekdg tu time boring kat opis aku rajin baca byk kali komen2 korang tu, rasa terhibur sgt2, thanks very much…emmm, walaupun ari ni dah masuk ari ketiga puasa, tapi baru sgt lagi bagi aku…semangat puasa tu masih berkobar2, tapi time esok nak puasa tu lagi aku cam smgt nak bangun sahur..kebetulan pulak mlm 1st sahur tu aku berpeluang sahur kat kg, tapi x selera laa nak mkn nasi, takat satu senduk tu lepas la jugak kat tekak aku ni…dah 2 pagi ni pun aku still selera mkn buah kurma jer 2 biji, tu pun main paksa2 anak tekak aku ni menelan…mata ingat nak tido jer…dan dah 2 mlm ni jugak aku menginap kat umah adik aku, kat sebelah taman aku tinggal…dekat jer, naik keter x sampai 5 minit pun, bukan pasal aper aku duk melepak kat situ, kebetulan bonda (rasa cam erra fazira citer cindrella la pulak, muehehehe…) aku ikut kitorg balik dari pahang ahad baru ni, tu yg aku temankan dia duk situ, so…dah 3 ptg la jugak aku bukak pose reramai, same2 mak aku…same2 adik aku…same2 adik ipar aku (yon adik aku tu lerrr….sesape yg kenal puteri satu ler mesti tahu name manje hubby dia tuuu….)

Dan selama 2 mlm tu jugak, syukur alhamdulillah aku terawikh cukup 20 rakaat, tu pun temankan mak aku…hehehehe, sian gak kat dia nak balik sensorg tempat tak biasa, kalau aku sorg lum tentu lagi kot cukup 20 rakaat tu, cukup 8 rakaat pepandai jer mata aku ni pedih la, mata aku berair la, mata aku mamai ler…memcm jenis, memacam patern la iblis yg ader, penuh berwarna-warni kat tepi birai mata aku ni…jahatnyer nko iblis, cubalah hormat manusia cam aku ni skit…bagilah peluang aku wat pahala di bulan2 yg mulia ni, pastu nanti kalau ko nak goda aku pun ko goda laaa, sekali aku karate kang, baru ko tau…hehehehe..tahun ni, insyallah aku cuba jugak buat yg terbaik utk ramadhan kali ni, sementara umur ader, sementara kudrat ader ni…aku cuba semampu aku…insyallah….ni kira 1stime aku terawikh kat masjid, emmm…ramainyer umat, mlm pertama aku terawikh kat sebelah kanan aku tu ader sorg pompuan yg dah agak berumur, mungkin dlm 50an kot…adehhh, dari mula aku smbhyg isyak tu, sampai membawak ke terawikh 20 rakaat, witir 3 rakat, selama tu ler kaki aku kena tindih, aku ingat makcik tu x larat nak duduk betul2 kot…kaki aku asyik kena henyak jerr…naik pedih dah nkorang tahu, tapi aku tahankan jugak…takkan aku nak laser lak kat makcik tu kan?? dlm hati aku…memang dia duduk jenis camtu kot…redha jer laaa……mlm td dia duk sebelah mak aku pulak…mak aku pun citer camtu gak…tapi sib baik mlm td dah duk jarang2 skit…taklah teruk kaki mak aku kena belasah…hehehehe…oklaa…dah panjang sgt entry aku ni…korg baca dulu la mane yg korang termampu ekk…utk ilangkan ngantuk korg tu boleh la kott…sok nak citer bab juadah pose la pulak…baru best…ri ni kita tahan nafsu dulu yerrr…

21 September 2006

Koleksi Novel Cinta...








MAHLIGAI CINTA

Novel ini mampu mengajak anda menyelami watak-watak yang bermain dengan perasaan terhadap pasangan masing-masing sama ada kecewa, gembira, pasrah, sayang, cinta dan sebagainya. Namun, lumrah percintaan; ada cerita duka, ada cerita ceria, semuanya saling menyinggah. Tidak kiralah anak dara, tunangan, isteri, suami, janda malah dua sekalipun berjak memiliki anugerah paling agung - CINTA. MAHLIGAI CINTA - memuatkan momen-momen cinta, sengsara, suda dan duka. Antara kejujuran dan kepuraan, antara keikhlasan dan pendustaan. Ada cinta yang terhalang... ada rindu yang tercicir.

GEMERSIK KALBU

Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja. Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas! Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela. Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju! Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?

ADAM DAN HAWA

Ain, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yg berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yg ditinggalkan, menghitung hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah!Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik, perasaannya jadi gementar,hidupnya tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun 8 tahun lagi...

KAU KEKASIHKU

Dhira yang baru sahaja dilukai oleh seorang lelaki menyatakan bahawa dia tidak mahu bercinta lagi. Namun, hatinya kalah dengan kenyataannya itu apabila terpaut dengan Zairi ketika melancong ke Beijing. Sejak pertemuan yang membibitkan kenangan manis, hubungan Dhira dengan Zairi semakin mesra selepas pulang dari melancong. Namun, Dhira pasrah walaupun Zairi menunjukkan sikap prihatinnya dan cemburu, lelaki itu agak sukar menyatakan cinta kepadanya. Akhirnya, lafaz cinta keluar dari bibir Zairi dan ingin melamar Dhira menjadi suri dalam hidupnya. Namun, ada sesuatu yang menjadi persoalan dalam diri Dhira, apabila dia tidak pernah disentuh oleh suaminya sendiri selama di alam perkahwinan. Apakah masalah yang sedang dihadapi oleh Zairi? Mengapa dia tidak mahu menyentuh Dhira sedangkan tanggungjawab lain ditunaikan? Adakah kerana Dhira yang menjadi puncanya? Akhirnya, Dhira dapat menemui jawapannya yang sering membelenggu dirinya. Antara kasihan dan kasih, perlukah Dhira mengharunginya bersama suami tercinta?

p/s : Inilah antara novel-novel yang dah jadi koleksi aku...tapi tang nak membaca tu, aku ni lembap skit nak baca satu2 novel ni, kena amik masa skit...biasalah, bila dah time mengadap jer, mata aku ni cepat lalok, cepat mamai, last2 terus tertido, terus bermimpi...muehehehe...4 novel yg aku letak kat entry aku kali ni, kira yg terlatest aku beli laa, yg lain2 tu memang dah sedia wat koleksi...kalau korg tgk kat umah adik aku, buku citer aku beli bih kurang dlm 100 buah dah kot...kalau tak alaf 21, novel keluaran creatif enterprise (cesb) yg aku suka beli...lain2 keluaran, cam kureng skit, tapi biasa sebelum aku beli novel2 ni, aku suka tgk penulis dia jugak...kalau tak best wat perabih duit jer beli....CINTA menjadikan manusia lebih kuat tetapi cinta juga adakalanya menjadikan manusia sentiasa kehausan, kesakitan dan ingin berlari jauh. Apabila anda mula mendekati cinta, mula berjinak-jinak dengan cinta, mula merasakan nikmatnya cinta, awasilah langkah kerana ia datang bersama sendu, pilu, rindu, sayang dan adakalanya air mata dan kemurungan (copyright dari salah satu novel keluaran alaf 21)...

20 September 2006

Tahniah...Tahniah....

Tahniah!! Tahniah!! Minggu lepas memang ucapan ni lah yg terbanyak aku terima dari kengkwn aku, dari kengkwn chat aku. Korang jangan sangka aku naik pangkat pulak kot, hishhh…jauh ler lagi aku ni nak pangkat kalau dah ari2 duk berchatting, hari2 duk berblogger…saper nak bagi naik pangkat weiii….rasanyer kedudukan keje aku skrg ni masih di tahap lame, masih di kedudukan asal aku, walaupun Jabatan dah penah bagi penghargaan pada keje aku skrg ni..tapi nak naik pangkat camner kalau satu peksa pun lum penah aku pegi, wakakaka…tiap kali nak isi borang peksa jer, korg tahu? Mesti time tu laa dah tarikh tutup.. Korang mesti kata aku ni lembap kan?? yerlaa…dah tahu tarikh tutup nak dekat x reti2 nak isi borang awal2 ker?? kekekeke…apepun memang aku ni pelupa, lalai, kurang prihatin, bab2 nak tambah gaji ni, aku lembap skit…nak kata gaji aku dah berlebih, dah melambak, memang takder nyerlaa, kekdg cukup2 mkn jer pun…berlagak ker aku ni ekk?? tahla, mak aku selalu pesan kat aku bersyukur dengan aper yg ader skrg, tu pasal aku x kisah sgt nak lulus peksa ni untuk naik gaji ni…tapi tahun depan insyallah mesti nak pegi peksa PTK tu jugak…kalau aku lupa, sesaper yg keje ngan gomen tu, please2 la ingatkan aku ekk…cam si Maniq Kayangan tu aku rasa dia keje ngan gomen…(tul tak MK??)

Maiza Azrina (member chat kat johor)

Gtau kat SMS : askum…apsal ko diam jer, lame x nampak ko online kat ym? Ko bz ke skrg ni? sajer nak gtahu ko adik aku dah peknen 6 minggu, bih kurang ko jugak…
Reply kat YM : tahniah la…tak lame lagi ko dpt anak sedara...

Nozie (member chat kat subang)

Gtahu kat Skype : Pagi tadi adik aku gi chek doktor, aku dtg lambat ni sbb dia gi klinik dulu la, doktor kata dia dah peknen 6 minggu dah…
Reply kat Skype : ye ker…tahniah laaa…

Laili (member chat kat shah alam)

Gtahu kat SMS : Weiii…adik aku dah peknen, doktor kata dah 6 minggu…
Reply kat SMS : Ye ker…tahniah laa…patutlah duk diam jer dia skrg…

Linda (member chat kat johor)

Gtahu kat YM : Aku dtg masuk lewat ari ni, sbb adik aku gi jumpa doktor, period dah lewat, so…doktor dah sahkan dia peknen 6 minggu…
Reply kat YM : Oooo…ye ker…tahniah laa…jap lagi dpt anak buah la ko ekk…

Khairil (member chat kat seri kembangan)

Gtahu kat tipon : Awak…nak tahu citer adik sy?? adik sy dah peknen 6 minggu laa awk…
Reply kat tipon : Alhamdulillah, ye ker…tahniah laa….sy pun tumpang hepi

Suhaila (member dari sekolah rendah)

Gtahu kat tipon : Adik aku dah muntah2 skrg ni, dah 6 minggu dah doktor kata..
Reply kat tipon : Ye ker…alhamdulillah…tahniah laa…
Kak Ina (member satu rumah)

Gtahu kat umah : Kak ina…adik sy dah peknen 6 minggu dah doktor kata…
Reply kat umah : Ye ker…tahniah lah ckp kat dia…

Boypren Aku

Gtahu kat dlm keter : Abang…Adik ayang dah peknen 6 minggu dah doktor kata, tahun depan merasa la jadi mak sedara…(sambil sengih2…)
Reply kat dlm keter : Ye kerr….tahniah la kata kat adik ayang ekk…(sambil sengih2 gak)


Itula antara ucapan yg aku terima pasal berita adik aku peknen tuu, apepun aku memang hepi sesgt nak jadi mak sedara ni, yerlaa…sebelum ni memang x penah dlm hidup aku dpt anak buah sendiri…yg ader anak sepupu aku jerk…tu ler aku anggap mcm anak sedara betul aku, tapi tak samer gak kan…nak wat camner adik beradik tak ramai camni laa…org lain dah berpuluh2 anak sedara…aku ni dah umur 31 tahun sorg anak sedara pun lum dpt lagi…hehehehe…bukan aper, jodoh kitorg ni lambat skit, kan..emmm, doktor kata maybe bulan 5 baby tu lahir…aku doa2 moga2 sumernyer selamat…tapi kan? ari tu adik aku tanyer aku…ko nak kawin pas aku lahirkan baby ni ker, sebelum aku lahir kan baby ni?? muehehehehe…ngan muka seposen aku ni jwb aper…tah eekkk?? tapi yg pasti memang ko x kan boleh nak tolong camner aku tolong ko time kenduri kawin ko dulu…waaaaaaaaaaaaaa……aku terlewat kawin lerrr….(korang cuba bayangkan laa…time dia peknen, memang duk rehat jer la kan?? kalau dia dah ader baby pun, memang kelek anak jer laaa….) adehhhh, tapi kan, rasa2 cam nak bergambar ngan baby jerk dari duk bergambar ngan perut mak baby tu (mane comel, baby ke perut mak baby) muehehehehe……




18 September 2006

Tudung Selai....

Perbualan aku ngan dia minggu lepas kat tipon :

Aku : abanggg (ala2 manjer gitu…) ahad depan abg gi mane??
Dia : emmm…tak tahu lagi, lum ader planning lagi…
Aku : emmmm…ari sabtu??
Dia : emmm…pun tak tahu lagi, nape…ayang nak gi maner?
Aku : ayang nak gi amik tudung kat umah kwn laa…
Dia : kawan ayang duk kat mane?
Aku : kat Subang…
Dia : oooo…Subang kat mane??
Aku : tah…ari tu dia kata area kg. melayu subang, alamat dia lum mintak lagi laa…
Dia : takper laa…nanti ayang mintak alamat dia…
Aku : boleh ke abang teman ayang gi saner??
Dia : insyallah, kalau abang x der hal, kita pegi ekk…tp abang x janji yerr…
Aku : ok…nanti ape2 abg msg ekk…
Dia : tudung ayang nak amik tu bape byk??
Aku : (Teragak-agak aku jwb…) selai jerk….(sambil sengih2 sensorg)
Dia : laaa…abg ingat satu kudi kerrr….(wakakakaka…sambil gelakkan aku)
Aku : (pun gelak same…)
Dia : kalau camtu suruh jer kwn ayang tu pos pakai kurier ker, takpun pos laju ker.
Aku : alaaaa…tudung tu memangla selai jerk, tapi ayang nak jumpa dia, mane penah jumpa lagi, ni member chat ayang laaa…dah lame borak kat chatting, jumpa x penah lagi…
Dia : heheheheh…ye ker…ok2, kalau abg x der aper hal, kita pegi yer…tapi kalau ari sabtu ptg boleh tak?? sbb pagi sabtu ngan pagi ahad memang x boleh, abg nak bwk mak abg gi tanjung karang…
Aku : tak kisah, ikut time abang free jerk…(Yessssss…berjaya gak aku goda dia…wakakaka)

Itulah antara perbualan aku ngan dia, hehehehe…korg rasa aku ni spesis pandai mengayat tak?? atau korang rasa aku ni menggedik?? menyongkets? menggeletis?? Tapi yg pasti ptg sabtu tu memang aku berjaya pegi amik tudung aku tuhh, walaupun time kuar tu ujan lebat sesgt....hehehe, ari ni siap pakai lagi tudung baru….lawa, kaler krim....mengerlip-relip kat opis ni ha, tapi sorg pun x tegur aku pakai tudung baru…(wakakakaka), pasal aku kalau kat opis memang pakai baju sejuk, so, x nampak la sgt batu2 ni…

Perbualan aku ngan dia dlm keter pas balik dari subang :

Aku : abang…tgklah tudung ayang ni…cantik tak (sambil tenang2 tudung tu…)
Dia : emmm…lawa…bape harga dia? (Sambil pegang tudung aku tuuu…)
Aku : alaaa…32 ringgit jerk…
Dia : ha?? 32 ringgit?? Mahal nyerrr yang…
Aku : abg tgk la betul2, kain dia lembut…ha, abg tgk batu dia ni, kan merelip relip, bukan cam tudung yg lain tu…ni bawal no 1 tau…batu dia pun jenis original…
Dia : ooooo…kalau jual kat pajak gadai boleh tak yang?? (sambil gelak2 kan aku)
Aku : (eh2…mula la nak wat lawak tu…) byk la pajak gadai abang…

Org lelaki, kan…biasalah…mane suka sgt part minat org pompuan ni, yg dia tahu bola, yg dia tahu bwk keter lelaju, yg dia tahu merokok…tu jer yg dia tahu, yg dia minat, yg dia suka…hishhh, x suker nyer akuuuuuuuuuuuuuuuuuu……


14 September 2006

Perihal Cinta....



Kepada yang masih SINGLE...
Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kaubiarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, Tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerima.


Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN...
Cinta bukannya mencari seseorang yang "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna.


Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...
Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.


Kepada yang PATAH HATI...
Sakit... luka, hancur.. patah hati... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil dan di hayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.


Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA...
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa2. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar2 dialami.

Kepada yang ingin MENGUASAI...

Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.


Kepada yang takut MENGAKUI...
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dengan mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila Orang yang kau cintai langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.


Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI...
Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan..
p/s : sonoknyer...ri ni, blog aku dah berlagu...saper2 ader speaker tu, slmt berhibur lah ekk ngan lagu aku ni...tima kasih kak sya...sayaaaaaaaannggg kak sya, ummmuaaaaahhhh...hehehehe....

12 September 2006

Terasa Diriku Bebal IT....

Smlm aku dpt borak ngan sorg member blog aku, nis name dia…sonok borak, dari tengahari aku borak sampai la aku balik, hehehe…satu keje pun aku x buat, sib baik x der keje yg urgent…memang dah lame aku duk perati blog budak nis ni, rasanyer dekat setahun kot, jumpa blog dia pun melalui blog kwn chatting aku gak…mula2 tu biasalah aku mane pandai nak bagi komen ke ape kat blog2 org ni, takat aku baca, the end kat situ jerk…teringin gak nak berborak kat ym ker, tapi x tahu camner nak contact, bila dah tahu skit2 pasal blog, add blog dia kat list blog aku…dah pandai komen skit2 kat blog org, tetiba lak teringat nak tanyer boleh online ke x? yerlaa…duk borak kat kotak komen tu, x best lerr…lambat dpt jwpnnyer…hehehehe…so, ptg smlm mcm mimpi lak dpt borak ngan dia…sib baik tergerak hati nak tanyer id dia aper…hehehehe…bila kita baca blog seseorang tu, rasa cam kita dekat jer ngan dia bila kita dah tahu skit2 pasal diri dia, pasal family dia, pasal keje dia, yerla pasal sumer sekali bab diri dia…ape sajer yg dia citerkan kat blog dia dari awal sampai yg terbaru, kira aku dah tahu lah bab diri dia ni…emmm, bih kurang gak kehidupan dia ngan kehidupan aku…tapi nis ni kira muda lah dari usia aku…hehehe…mcm2 topik duk borak ptg smlm, rasa cam x cukup time pulak…takperlah nanti ader masa, kita borak lagi kan??

Ari ni aku rasa mimpi sekali lagi, ari ni dpt borak lak ngan kak sya…kali ni bukan aper, aku teringin sgt nak belajar camaner nak letak lagu kat blog aku cam blog kak sya tuuu, aku mintak tolong betul2 ngan kak sya supaya dpt ajar aku camaner nak letak lagu,hehehehe…tapi tu ler, terasa sgt diri aku ni bebal bab2 internet ni sumer…rasa mcm aku baru masuk darjah satu, org lain dah masuk universiti, haa…camtu lah diibaratnyer diri aku ni…sib baik jer aku dpt komputer satu kat opis ni org bagi, kalau diorg buat test kat sesaper yg nak dpt pc, sahnyer aku x dpt…test bab menaip takper lagi, aku rasa aku lepaslah kat situ, buatnyer diorg bagi test yg nak d/load itu, nak amik kat internet, nak itu, nak ini, mampus aku x lulus…memang diorg bagi pakai typewriter patern dolu2 la jwbnyer, hehehe…masa aku belajar menaip pas spm dulu memang aku guna mesin taip tu jenis tu lerr, ingat lagi dlm kelas tu ader lah dlm 20 biji mesin taip camtu…kalau ramai budak2 yg dtg kelas, mcm kandang ayam tgh mkn padi jer aku rasa…wakakaka...yerlah, korg bayangkan bunyi mesin taip manual macamaner kan?? kelentung kelentang lerrr kat dlm bilik tu…ingat2 balik rasa nak gelak jer…tapi dari situ lah aku leh dpt keje skrg ni, kalau tak guna sijil kelas menaip aku tu, memang susahlah nak dpt…alhamdulillah, walaupun gaji x setinggi mane, tapi aku syukur sgt2, skrg aku dpt pc satu, dpt printer satu, duk keje dlm aircond, kengkwn pun ok, bos pun ok…memang patut aku syukurlah dengan anugerah tuhan bagi pada aku ni….

Eh2…melalut lak citer aku kan?? ni sambung citer kak sya…so, sempatlah dia ajar aku camner nak letak lagu, tapi aku bebal betullaa…sampai sekerat jalan aku dah rasa nak mengalah, hehehe…payah rupanyer nak letak lagu kat blog ni, bukan mudah yer…apepun tima kasih byk2 kat kak sya sbb nak ajar aku walaupun penuh dengan soklan yg diajukan pada kak sya…takperla...kalau kak sya free kak sya ajar lagi ekk?? skrg dah boleh contact kak sya bila2…senang la skit...so, kat blog aku skrg ni memang x der lagu lagilah wat masa ni, konon2 nak pilih lagu biarlah rahsia, hehehe…kak sya kata boleh tukar-tukar lagu kalau kita nak…tapi satu lagu pun lum lepas lagi, camner tuuuu…hehehe…it's ok…dengar lagu kat pc pun dah ok, kan?? ha... saper2 yg nak lagu yg x der dlm simpanan korang, kalau naklah...mintak jer kat aku…aku leh bagi, sbb dlm pc aku ni byk lagu aku dah save....tapi kalau lagu omputih tu, aku mintak maap ler, memang aku ni bukan penggemar lagu omputih…lagu melayu jer yg aku berkenannya, sbb aku org melayu tulen…keylah, stop sini dulu…wat entry panjang2 nanti korg lelah pulak nak baca,…kekekekeke…

08 September 2006

Entry Ulangan...Hehehehe....

honestly.. rupa2nyer susah ekk, bagi kita utk create rasa sayang.. susahnya nak create rasa rindu.. susahnya nak create rasa percaya.. susahnya nak mengaku hati telah dimiliki.. susahnya nak mengiyakan diri menyayangi.. susah juga mengakui diri merindui.. tapi hati ni tewas dr mengakui hakikat tersebut.. rindu itu wujud.. kasih itu telah hadir.. sayang itu ada.. dan akhirnya terpaksa diakui perasaan semakin nyata.. insyaallah.. kalau ada jodoh aku…kalau mmg dia yg diciptakan tuhan sebagai pasangan hidup aku.. adalah nanti ikatan janji....dan adalah juga penyatuan hati..semoga Allah tabahkan hati ini.. tingkatkan kesabaran aku, kesabaran diri dia…semoga persefahaman dan kepercayaan yg ada antara kitorg berterusan.. dan semoga saling ingat mengingati antara satu sama lain samaada tentang kesabaran, kepercayaan, ketabahan dan tanggungjawab. Apapun..aku serahkan segalanya pada Dia Yg Maha Kuasa..Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.. dan aku akan berusaha apa yg terdaya.. segalanya telah ditentukan.. insyaallah.. kekalnya hubungan kitorg kini kerana Dia dan atas usaha kitorg sendiri.. tiada kejayaan yg akan dtg bergolek tanpa usaha.. insyaallah niat kami ikhlas, lillahitaala..aku bahagia kenal diri dia…aku redha dgn apa yg tuhan kurniakan buat aku skrg ni…

Nak tambah skit, aku suka sgt baca blog sorg member aku yg mula2 ajar aku camner nak buat blog, thanks shai...aku suka entry shai yg paling latest tuh, bih kurang camni ler, aku pinjam jap ayat ko tu yer shai, hehehehe.... "Hidup kita macam ni lah....kadang-kadang kita selalu rasa macam Allah tu tak adil, beri kita kehidupan yang kita tak mau. Beri kita pasangan yang kita tak gemar tapi sebenarnya apa yang berlaku pada diri kita tu adalah dari diri kita sendiri dan Dia tau tahap mana kita boleh pergi, kita jer yang tak sedar. Dia beri peluang pada kita sedikit dan dalam masa yang sama dia uji kita sedikit, tapi adakalanya kita yang tak sabar".

p/s : utk pengetahuan korg ni entry ulangan, wakakaka...1stime reka blog, ayat ni lah aku letak, sure korg yg baru jenguk blog aku ni, x der masa nak tgk entry aku yg mula2 dulu, betul x?? hehehe....apepun skrg aku dah ramai member blog, sukerrr bangatttt...hehehehe...nak pulak yg rajin komen tu, mekacih-mekacih...selain member chatting, aku dah pandai kumpul member kat blog pulak...best, best...

07 September 2006

Mencekik Darah....


Korang baca tajuk tu pun korang dah dpt agak aper yg aku nak citer, kan?...aper lagi kalau bukan bab peniaga nak kaut untung ni lerr...citer dia camni, ptg smlm aku ngan adik pegi pasar mlm area taman dagang, memang kebiasaan kalau hari rabu atau ari jumaat, kat situ la kitorg berdua ni 'menebeng' cari mkn, hehehe...(ni kes malas masak la ni) aku ni ok lagi laa...bujang, nak masak utk tekak aku sorg, buang masa jer kan... tu pun kekdg aku rajin gak masak time2 ari minggu...ari keje ni jarang la aku nak bagi dapur aku tu berasap, takat masak air tu ader laaa...yg adik aku tu pun same, dah kawin2 ni x reti nak masak utk laki ker? adehhhhh...minah ni pun satu, duk ikut perangai aku gak rupanyer...hehehehe...

Okla...sambung citer, tekak aku ni teringin benor nak mkn pecal, korg penah mkn pecal x? pecal tempat lain aku x suka sgt, ni ader sorg pakcik ni, pecal dia best sgt bagi aku, selain tu laksa penang pun dia jual, best laksa dia...tapi aku x suka sgt laksa penang ni, aku lagi suka laksa yg kuah lemak tu, haa...yg tu aku suka...dah 2 kali rabu aku nak mkn pecal tak dapat2 gak...tiap kali lalu kat gerai dia, mesti dia just jual laksa jerk...frust akuuuu...smlm aku harap sgt2 keinginan aku tu tercapai gaklaa...adehhhhh...korg tahu, pakcik tu x jual jugak pecal ptg smlm, yg ader cuma laksa...last2 adik aku jer beli laksa dia...tanyer2 pakcik tu nape x jual pecal skrg ni pakcik?? pakcik tu ckp sbb skrg ni anak2 x der kat umah, so takder org nak tolong dia...aku sian tul tgk pakcik tu, baik sgt aku rasa....tiap kali pas kita bagi duit kat dia kan, mesti dia jwb alhamdulillah, jarang aku tgk peniaga camtu...takat jwb tima kasih tu ader laaa...

Last2 aku singgah satu gerai jual nasi lemak ngan nasi campur, tgk2 cam best jerk lauk dia...so, aku pun mintak nasi putih, budak pompuan yg duk serve tu aku agak baru pas sekolah kot, lawa la jugak...pastu aku mintak dia tambah masak lemak siput sedut + ikan goreng + sambal tempe + goreng kacang panjang sikit, so aku pun nak bayar laa...dgn sopannya, aku pun tanyer laa budak tu...bape dik?? dia pun sambil kumat kamit mulut, duk mengira ler kot...5.50 kak!! hah?? mcm itu leh 5.50?? (tu dlm ati aku jer laaa...x terkeluar pun dari mulut aku) last2 dengan lemah gemalai nyer aku pun bagi lah dia duit 10.00 ringgit, masuk2 keter ngadu ngan adik, hehehehe...last2 minah ni pulak yg lebih2...aku cakap ape kat adik, lepas ni memang aku x der la nak beli kat gerai tu lagi...cukuplah sekali tu jerk...pastu x hingin dah aku singgah...baik aku masak sendiri kalau camtu, lagi puas hati...nak mkn 3 kali pun boleh...wakakaka...tu la kan, camner la diorg ni nyer pikiran, tak pikir ker perasaan pembeli, asyik pikir untung jer memanjang, kalau aku laa...mesti rasa duit yg aku dpt tu tak berkat...kalau boleh kita cari rezeki ni biarlah berkat, biarlah org x cakap pot pet pas beli aper yg kita jual...biar org puas hati dgn aper yg kita jual...barulah rezeki melimpah ruah...emmm, tahlaaa...lain org lain caranyer...yg pasti aku memaaaang x puas hati pasal peniaga smlm tuuuuu....nyesal pun ader, tapi nak wat camner dah rezeki dia...redha jer laaa....sedeyyyyyynyerrr, cam kena tindas jer ptg smlm....

01 September 2006

Corat Coret Orang Bujang...Kekekeke....

31 Ogos 2006 - Aduiii...pagi ni mengantuk tul mata aku, ni gara2 mlm tadi lah ni, kat taman aku tu diorg pakat wat perlawanan badminton...dahla tu satu bab, sebelum ni memang tetiap mlm diorg lawan, tak tau la pulak mlm td final ker aper ker, aku pun x pasti la...siap pasang lagu lak tu, kalau pelan aku leh la jugak terima, kira menghiburkan hati aku la jugak kan, ni aku rasa dah mcm kenduri kawin pulak, siap berkompang, siap bakar bbq lagi, memula aku ingat acara bakar org, wakakaka....kot ler saper 'lengit' main kena panggang atas api ker, mane la tau...kot diorg pakat wat kenduri mkn org...hehehe...merapu jerk...yg aku langsung x leh terima tu pasal lagu yg diorg pasang tu patern lagu dangdut (hishhh...aku kalau lagu2 jenis camtu memang aku cukup x berkenan) takat dangdut mas idayu ker, ifa raziah ker aku boleh tahan lagi, ni jenis ala2 dangdut chow kit mari tu...boringnyer aku dengor...ingat nak lawan ngan radio kat umah aku tu, tapi x leh lawan laa, radio aku speaker x cukup power...muehehehe...last2 kepala aku naik memantak lak, tutup radio, try gak pejam mata...jenuh aku nak bagi lena, yer laa...korg bayangkanlah camaner kalau nak tido, sound speaker duk tepi telinga...tapi pasal dah ngantuk sesgt, berjaya gak aku lena hampir kul 12...tapi haru tul...tepat kul 12 aku rasa cam aku duk negara lubnan pulak dah...adehhh, mimpi ke aku ni...saper lak yg hangkut aku pi lubnan, lorrr...rupanyer bunyi mercun...bunyi bunga api meletup-letup sane sini...adehhhh...sakit telinga aku...jenguk kat tingkap, ooooo...baru aku tersedar, mlm merdeka rupanya mlm ni...hehehe, nampak sgt aku ni x der smgt kemerdekaan, dulu2 aku rajin gak tgk tv sambutan merdeka kat dataran tu, tah...mlm ni cam x der mood jer nak tgk tv, rasanyer takkan berubah cara sambutannyer...takperlaa, yg penting aku selalu doakan keamanan negara malaysia ni, mintak dijauhkan dari peperangan, mintak dimurahkan rezeki setiap umat islam di bumi tuhan ni, kira tu la sumbangan aku utk negara malaysia ni, tu jer yg aku mampu lakukan selain khidmat aku dengan jabatan kerajaan skrg ni, yerlaa, nak jadi askar angkat senapang pun x larat, camno tuuu, heheheh, lagipun me x penah ader cita2 nak jadi perwira ni, jadi org biasa cukup laaa....

Sambung citer aku tadi, aku jenguk kat tepi tingkap bilik aku, tgk budak2 tu sumer dah abih main badminton, acara akhir penyampaian door-gift..rugi pulak aku x join diorg, aku suka part acara akhir ni lah, bab agih2 hadiah...byk kali la jugak kalau ader function kat opis aku, merasalah aku dpt cabutan bertuah...sonok cangattttt....walaupun aku geram diorg memekak kat bwh tu, duk ganggu tidur aku dan jugak mimpi aku, tapi aku respect gak kat diorg ni, nampaklah diorg nyer smgt kemerdekaan, walaupun x semeriah mane, x sehebat mane tapi cukup berkesan di jiwa aku ni...dari diorg duk buang masa melepak kat tempat lain, okla cara diorg sambut mlm tu...budak2 bwh umur pun leh join same, sambil berkompang sambil baca selawat, pastu diorg nyanyi lagu merdeka...syahdu jer dgr budak2 kecik tu nyanyi lagu allahyarham sudirman, bersemgt jerk pada aku lerrr....walaupun tak pakai microphone, tapi suasana tgh mlm kan sunyi skit...jelas la suara diorg tu...nak pulak blok aku memang tepi padang permainan tu jer..

Tu citer mlm, citer pagi ni pulak, aku bangun kul 6.30, smbhyg subuh pastu bantai sambung tido balik sampai kul 9, bangun2 mkn roti, mkn tu, mkn ni...last2 kenyang perut aku...ingat dah planning nak gi umah adik, dia ajak mkn mihun sup...tapi adehhh, seéh lak perut ni...hehehe, dah lapor nanti aku msg la dia, suruh dia amik aku...tapi tu ler, dah duk kat umah ni cam malas jer nak kuar, betul...ni lah perangai aku dari dulu lagi...nak pulak kalau cuaca mendung cam ari ni, memang liat nak kuar memaner...rasa cam nak membungkus jer atas katil...hehehe, memang betul pun, pas smbhyg asar, tgk2 kat luar, cuaca mendung cam nak ujan, apa lagi tarik selimut bantai tidur sampai ke magrib, teruk tul aku ekk...tapi tu lerr, ngantuk sesgt...kira ganti tido utk mlm tadi laa, bukannyer aper...bangun2 sambung mkn lagi, mkn biskut, mkn goreng keledek...aper sajer la yg ader atas meja mkn tu aku tibai sampai abih, last2 sekali lagi perut aku seéh...dekat kul 11 mata aku pun dah mamai, so...time to sleep...babai...(time hidup bujang, buat aper pun takder org larang...hehehe)

01 September 2006 - Ari ni cam biasa pegi keje...bosan jer kat opis ri ni, satu keje pun takder, hehehe...agaknyer diorg pun x der smgt nak bekerja, nape ekk...sampai kul 2 ptg memang aku x buat aper pun, chatting pun aku dah boring...duk bukak blog kengkwn aku, syok baca depa nyer citer...eh2, aku nak smbhyg dulu laa...jap lagi nak tgk pak lah bentang budget, harap2 leh dpt bonus gak tahun ni, yg pasti aku doa2 gaji aku leh naik...kekekeke...okla...see u....ptg ni takder aper nak buat, update blog sambil tgk pak lah baca budget, aku nak tunggu time bonus jer sebenarnya, lain2 aku x nak amik tau...wakakakaka...

02 September 2006 - Ari sabtu cam biasa x perlu nak gi opis, fuhhh...sejak jabatan kerajaan dah x perlu nak bekerja ari sabtu ni rasa cam lega sgt2, aku memang x suka tul keje ari sabtu, yerlaa, korg bayangkanlah keje sekerat hari, tapi nak iron baju cam ari2 biasa, penat weeiii, nak pakainyer kejap sgt, pastu nak tempuh jalan jem giler tghari2 buta tu, panas uiiiii...rasa cam duk dlm oven walaupun keter ader aircond, aku memang x suka keadaan panas cam gitu, dulu2 masa org gomen kena keje ri sabtu, balik2 keje mesti membongkang tidur sampai ke ptg, hehehe...dah lame x wat keje gitu, skrg kalau ri sabtu elok pulak aku x reti bangun lambat, pas smbhyg subuh, mesti santai2 kejap dah x leh tido...nak pulak kalau matahari dah memancar masuk ikut lubang tingkap bilik aku tu...x sukalah tgk cahaya masuk bilik tido, mata silau, cam ader satu kuasa suruh aku bangun kalau tgk cahaya matahari dah memancar kat dinding bilik...lain kali nak beli langsir tebal2, sah tak bangun smpai ke tghari, hehehe...org kata anak dara x elok bangun lewat2 kan...emmm, ri ni aku masak mee goreng, best...tapi pedas, bwk umah adik, mkn dua org...fuhhhh, pedas laa, ape yg aku ingat, aku taruk cili kering jer, tapi mungkin byk sgt kot...stgh cili kering ader yg pedas, ader yg x pedas, org kata kalau cili kering tu bentuk dia cam kerinting, haa, yg tu pedas laaa...tul ke ekk?? tapi ape pun mee goreng tu memang best, dlm masa 3 jam aku dah tibai 2 pinggan sambil lepak dpn tv dan yg pasti 3 manusia kena cilik utk ari ni, adik aku, laki dia dan aku sendiri (muehehehe...syok ape cilikan org ni) balik umah kul 6, mlm tak gi memaner...duk umah, jadi anak dara sunti...muehehehe...

03 September 2006 - Pagi pas smbhyg subuh, santai2 dulu atas katil, bangun, mandi, turun pasar tani...beli nasi lemak and ape2 yg patut nak masak ptg nanti...lepak tah ape2 kat umah tu, bukak majalah ni, bukak tv, dengar radio, mkn tu, mkn ni...haa, tu sumer aktiviti aku utk ari tu...boring kan?? nak kuar mane pun tak tahu, bf aku lak skrg dah jadi anak dara sunti, x nak kuar umah gamaknyer...heheheh (dia kalau hari minggu aku dah tahu dah, aktiviti dia cam biasa, bwk mak dia gi mandi wap kat tanjung karang...so, aku dah paham, aku xnak ganggu dia, aku sokong ape yg dia buat tuu...kalau mak aku ader kat sini pun aku ingat nak bwk mak aku gi situ gak, sonok ape mandi wap ni....bf aku lah citer, rasa segar satu badan, yg aku biasa wap muka aku selalu lah buat) satu hari duk umah, byk benda yg dah aku bereskan, bakul kain sumer dah kosong, x der aper yg nak dibasuh lagi, bilik dah abih kemas, baju keje dah iron 5 pasang siap ngan tudung lagi...elok jer me sangkut kat luar tu, teratur jer, kalau korg tgk camner aku susun baju2 tu mesti korg ingat aku nak jual baju2 tu...muehehehe....kalau ader hp leh amik gambor kan, nak tayang kat korg camner baju yg aku sangkut tu,...takperlah, korg bayangkan jer la camner ekk...aktiviti mlm, cam biasa, pas smbhyg ngaji quran (time rajin ler...skrg cam rajin pulak nak mengaji, takder aper nak buat kan, baik tambah pahala... nanti2 kalau ader kenduri ape2 kat umah aku, angan2 nak buat majlis khatam quran, pasal dah tinggal suku jer lagi aku nak khatam..., dulu masa sepupu aku kawin dah penahlah khatam ramai2) pas baca quran, tgk berita, tgk konsert jom heboh, pastu ada lak siaran tertunda ct nyer majlis sanding kat kuala lipis, tapi cam x teruja sgtlah nak tgk, pasal dah byk sgt dah acara sanding diorg ni...tgk pun majlis tu biasa jer, tak segempak maner pun...ujung acara ujan turun lebat sesgt, sian org kuala lipis, basah kuyup, silap2 ramai yg demam pasal mandi ujan mlm2 buta...kul 12 aku dah ready nak bermimpi, hehehehe...so abih citer utk 4 hari, cukupla tu kan, 4 in 1 (nak jimat ruang kat blog aku ni...) apepun harap u all x jemu baca ape yg aku taip ni...bahasa still kurang menarik, sowiiiii....

Dari Pintu Hati Seorang Bergelar Lelaki...

Mak abah dah mula bertanya-bila nak kawin. Umur dah 25, mungkin pada aku masih muda tapi diorang sibuk dok suruh aku cari bakal menantu utk diaorang. "Menantu perempuan pertama dalam keluarga". Aduisshhh..!! Sadisnya bila pikirkan benda tu semua. Kak Lang yang sibuk ngan persiapan kawinnya bulan 5 ni, aku plak yang terkena tempiasnya. "Awak bila lagi nak bawak menantu ke rumah ni?" Soal mak aku petang Sabtu lepas."Kalo susah nak cari, pegi jer kampung mak kau kat pekan sana tu. Sepupu-sepapat mak kau ramai. Anak Makcu tu pun ada ramai anak dara," Abah aku pun sama proaktif membincangkan soal jodoh aku.

Sebelum ni tak pernah plak dia begitu serius dengan perbincangan sebegini. Tapi mungkin bila memikirkan yang aku lah sahaja anak yang paling tua yang belum berumahtangga, jadi nak tak nak menjadi satu kemestian untuk aku menyahut salah satu seruan agama itu. Abah pun dah tua, selalu sakit-sakit,Sebab tu dia tak sabar nak nengok menantu perempuannya. Walaupun urusan hidup dan mati adalah tugas Tuhan, tapi aku harap sangatlah mak abah sentiasa dilimpahi rahmat dan kesihatan yang baik. Selamanyaaa....

Tapi bagaimana ngan aku? Pening jugak aku memikirkan pasai jodoh aku. Tak dapat aku nafikan perkahwinan satu perkara yang amat dituntut dalam agama.Tapi aku betul-betul runsing memikirkan antara kehendak diri, kehendak keluarga dan paling penting iaitu kehendak agama. Aku ni nak kata hensem tak jugak, nak kata tak hensem, tak jugak. Kiranya average la. Hehehe....kalo aku "mengayat" pompuan, mesti ada jugakla yang terpikat.Tapi masalahnya aku tak minat kat pompuan, so buat apa aku lakukan perkara yang aku tak suka?

Dari aspek kehendak diri, aku masih belum dan tak berasa ingin berumahtangga. Sebabnya adalah aku sedar akan kelemahan aku sendiri. AKU TAK MAMPU UNTUK MENJALIN KASIH SAYANG DENGAN INSAN BERNAMA WANITA. Tapi,aku teringin mempunyai anak. Ingin mempunyai keluarga. Ingin merasai hidup berumahtangga. Tapi dalam pada masa yang sama aku faham yang aku hanya boleh mendapatkan semuanya itu melalui seorang WANITA!! Walaubagaimanapun aku tak pernah bercerita pada mak abah dan family pasai latar belakang idup aku tatkala aku hilang dari pandangan mata mereka. Bermula dari kehidupan sekolah asrama, kampus universiti hinggalah kini-banyak benda terlarang yang dah aku buat di belakang mereka. Bila pulang ke kampung, aku lah sebaik-baik insan. Kalau ada pertandingan Family Idol atau Kampung Idol,rasa-rasanya akulah orang yang paling layak menjadi pemenangnya. Ya Allah,bukan niat aku untuk berselindung di sebalik diri ini!!

Dari aspek kehendak keluarga-aku anak tunggal lelaki. Harapan mak abah. Harapan keluarga. 7 orang adik beradik perempuan. 2 yang belum kawin. Kakak aku sulung janda beranak satu. Stay satu rumah ngan mak abah. Dia keje cleaner kat sekolah. Maklumlah, kakak-kakak aku dulu tak sekolah tinggi,mak abah takde duit nak beli perkakas sekolah. Tak cukup motivasi diri untuk bersungguh-sungguh belajar. Mak abah menoreh getah jer. Tak cukup duit nye nak sara 8 orang anak! Kakak yang kedua kerani sekolah je, tapi husband dia problem sangat-DRUG ADDICT. Pernah sekali masuk pusat serenti, tapi bila keluar tetap tak nak insaf. Anak dah 3 tu, semuanya kecik-kecik lagi. Teringat masa bapaknya setahun kena jadi pelatih kat pusat tu, aku la yang saban bulan bawak anak bini dia ke sana. Tak lain tak bukan sekadar nak memberi semangat supaya dia pulih. Tapi....hampeh!!! Akak aku nombor 3-tukang jahit. Husband dia keje kampung.Rumah pun tak jauh ngan rumah mak abah.

Walaupun hidup depa tak senang, tapi depa bahagia. Sayangnya, keje kampung ni pendapatan tak menentu. Kekadang terpaksa aku plak yg keluarkan duit sendiri support family depa. Kesian dok ada. Akak aku nombor 4, bulan 5 ni nak kawin. Itupun bila puas dipujuk ngan mak abah. Mana taknye, umor dah 30 lebih. Dapat jodoh ngan orang sekampung. Dengar citer keje tunangnya tu kontraktor kecil. Akak aku ni la yang banyak tolong aku masa study dulu. Nak harapkan study loan-tak cukup beb. Tu yang aku terpaksa buat part time jadi tukang masak kat fastfood.

Berbalik kepada kisah akak aku ni, dia sanggup berhenti sekolah setakat SPM je sedangkan dia layak sambung belajar. Lepas tu dia keje kilang kat Balakong. Bermula sebagai operator sekarang ni dah jadi supervisor. Tapi gaji dok tang tu jugak. Setahun adelah increament RM50! Tapi, bulan 5 ni dia nak berhenti,katanya nak concentrate pada suami dia. Aku harap sangat perkahwinan dia ni berjaya dan keluarga dia bahagia. Aku sayang sangat akak aku ni. Jasa dia mmg tak terbalas. Dari pengamatan aku, bakal suaminya tu pun nampak baik.Syukur.Akak aku yang kelima, surirumah jugak. Baru je kawin tahun lepas. Suaminya storekeeper. Tapi akak aku ni ade penyakit sket. Selalu tak sedarkan diri. Dulu-dulu teruk penyakitnya, tapi sekarang dah dapat treatment dari hospital. Dah kurang sikitla penyakitnya tu. Keluarga akak aku ni pun takde la senang sangat, tapi aku tak kisah janji depa bahagia.

Cerita pasai akak dah abis, masuk bab adik plak. Adik aku sorang keje as a lab assistant kat secondary school. Muda 2 tahun dari aku. Mak abah kata dia ni dah nak kawin ngan BF nye. Tapi mak abah suruh tunggu dulu. Turn dia belum sampai. Hehehe, dengar kata BF nye pun keje gomen jugak. Watever laa,janji ROCK! Adik aku yang paling bongsu, study lagi kat IPTA. Ujung bulan 12 ni abis. Pastu tak tau la nak keje ke atau further study. Tapi dia ni manja sket. Boros plak tu, nasib baik la abang dia ni ada. Nak harapkan duit biasiswa??Tak cukup beb.....

Aku????? Hehehe,- susah nak cerita. Aku ni pelik sket. Extraordinary people. Kekeke, tak perlu la aku nak describe lebih-lebih pasai idup aku. Masa kecik bercita-cita nak jadi doktor. Tapi bila besar tetiba jadi engineer. Keje kat salah sebuah konglomerat terkemuka kat Malaysia ni. Gaji pun dah oraitlaaa. Tapi still pakai kete Kancil je. "Sebijak Anda"-sesuai dengan tuannya. Hahaha. Ramai orang dok bising, "Ko ni gaji besau, beli la kete besau. Gen 2 tu besau apaaa!!" Amboi, sedapnya depa cakap. Biasalah, orang Melaka lah katakan. Ada orang Melaka tak kat sini? Hehhe... So for the conclusion, makin besar periuk nasi, makin banyak keraknya.(betul ke peribahasa aku ni erk?)....."Pening ku fahami diriku...."

Berbalik pada soal jodoh. Macammana nak settlekan erk? Kewangan pun blom stabil lagi-belom dapat keje permanent lagi ni. Eisssshh...i'm totally confusing!!
1) Kalo tak kawin manakan nak dapat anak dan family.
2) Kalo kawin plak, aku mmg tak mampu nak menjalinkan hubungan dgn wanita(sememangnya aku tak mampu-sbb aku ni extraordinary people!!
3) Kalo kawin nanti sapa nak jaga mak abah? Ladang getah pun baru lepas tebang. Tunggu lama baru bole ditoreh. Tapi mak abah pun umo dah 70 lebih. Tak larat nak wat keje lagi dah....
4) Kalo tak kawin nanti, apa plak kata mak abah? Diorang mmg mengharapkan sangat menantu perempuan.

"Sementara mak masih ada ni, eloklah ko KAWIN cepat," AYAT NI DARI MAK AKU SEBELUM AKU PULANG DARI KAMPUNG. Sedih giler aku bile teringat balik kata-kata dia tu. WWArghhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!! Dari side mirror kereta aku nampak tangannya mengesat air mata. Maaaaaaaakkkkk!!! Epilogue; Aku tau banyak hidden point yang tersirat di sebalik wadah aku ni. Terpaksa buat camtu sebab aku hidup dalam masyarakat Malaysia. Nak tak nak kena hormati kesucian agama dan pendirian orang lain. Aku bukannya sekular, aku masih ada agama yang aku pegang sejak aku mula-mula dicipta dari benih abah. Walaupun aku sedar salah silap aku, tapi naluri aku tak boleh nak di buang jauh-jauh. Mak abah orang kuat agama. Setiap kali aku balik kampung,mesti kena 'brain wash' walaupun ada nasihatnya tu memang betul-betul kena ngan batang hidung aku. Tapi semuanya dah terlewat- mak, dah terlambat-abah. (aku rasa sebak semacam plak...) Apa yang aku tau, kesan dari masalah aku ni berpunca dari kelalaian aku suatu masa dulu. Tuhan dah larang aku supaya jangan buat tapi aku degil. Kerana nafsu, jiwa dan minda aku binasa. Sekarang ni dah susah untuk aku kembali ke jalan sebagai seorang lelaki yang normal. Erm, tak guna dah nyesal sekarang ni. Bak kata Karam Singh Walia - "Nasi dah menjadi bubur!" Erm, camner nak buat tu erk…..

p/s : ehsan dari e-mail aku terima...sila2 komen ekk, rupanyer mamat tu bukan tulen, auwww la pulak (hehehe...)