30 September 2012

BINGKA LABU


Resepi Bingka Labu :

450 gram labu (direbus terlebih dahulu sehingga empuk)
5 biji telur (guna 3 biji pun ok jugak)
200 ml air
300 ml pati santan (boleh guna santan kotak juga)
200 gram tepung gandum
180 gram gula halus atau gula pasir (kalau nk agak manis tambah 20 gram lg yer)
secubit garam
1 camca teh esen vanilla
1 sudu besar butter dicairkan terlebih dahulu
Bijan (jika suka)

Cara-cara

Blender labu rebus bersama air, gula, santan, garam, esen vanilla hingga halus.  Kemudian masukkan telur dan tepung gandum, juga 1 sudu butter yg telah dicairkan tadi.  Blender lagi hingga sebati.  Sapu minyak pada loyang dan masukkan dalam oven sekejap sebelum dituangkan adunan blender tadi.  Tabur bijan (jika suka) di atas adunan.  Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180c selama 40 minit (jgn lupa time bakar tu jenguk2 jugak oven yer...sbb kdg2 bahagian atas cepat hangus, hehehe...) Biarkan sejuk sebelum dipotong.  Gambar diatas nampak mcm lembik kan, tu sbb belum betul2 sejuk sy dah potong...hehehe....


29 September 2012

KHIDMAT TEKSI


Nak buat promosi lagi, boleh?? hehehe...sesiapa yg memerlukan khidmat teksi utk kawasan lembah kelang, putrajaya dan jugak selangor...sila hubungi nombor telefon yg tertera didalam gambar...sebenarnya tu teksi suami sy, dulu dia bwk teksi airport...skrg dah bertukar ke teksi bandar, so...sesape jugak yg memerlukan khidmat beliau, jgn segan silu call nombor tersebut ok...sekian, terima kasih.....