01 September 2006

Dari Pintu Hati Seorang Bergelar Lelaki...

Mak abah dah mula bertanya-bila nak kawin. Umur dah 25, mungkin pada aku masih muda tapi diorang sibuk dok suruh aku cari bakal menantu utk diaorang. "Menantu perempuan pertama dalam keluarga". Aduisshhh..!! Sadisnya bila pikirkan benda tu semua. Kak Lang yang sibuk ngan persiapan kawinnya bulan 5 ni, aku plak yang terkena tempiasnya. "Awak bila lagi nak bawak menantu ke rumah ni?" Soal mak aku petang Sabtu lepas."Kalo susah nak cari, pegi jer kampung mak kau kat pekan sana tu. Sepupu-sepapat mak kau ramai. Anak Makcu tu pun ada ramai anak dara," Abah aku pun sama proaktif membincangkan soal jodoh aku.

Sebelum ni tak pernah plak dia begitu serius dengan perbincangan sebegini. Tapi mungkin bila memikirkan yang aku lah sahaja anak yang paling tua yang belum berumahtangga, jadi nak tak nak menjadi satu kemestian untuk aku menyahut salah satu seruan agama itu. Abah pun dah tua, selalu sakit-sakit,Sebab tu dia tak sabar nak nengok menantu perempuannya. Walaupun urusan hidup dan mati adalah tugas Tuhan, tapi aku harap sangatlah mak abah sentiasa dilimpahi rahmat dan kesihatan yang baik. Selamanyaaa....

Tapi bagaimana ngan aku? Pening jugak aku memikirkan pasai jodoh aku. Tak dapat aku nafikan perkahwinan satu perkara yang amat dituntut dalam agama.Tapi aku betul-betul runsing memikirkan antara kehendak diri, kehendak keluarga dan paling penting iaitu kehendak agama. Aku ni nak kata hensem tak jugak, nak kata tak hensem, tak jugak. Kiranya average la. Hehehe....kalo aku "mengayat" pompuan, mesti ada jugakla yang terpikat.Tapi masalahnya aku tak minat kat pompuan, so buat apa aku lakukan perkara yang aku tak suka?

Dari aspek kehendak diri, aku masih belum dan tak berasa ingin berumahtangga. Sebabnya adalah aku sedar akan kelemahan aku sendiri. AKU TAK MAMPU UNTUK MENJALIN KASIH SAYANG DENGAN INSAN BERNAMA WANITA. Tapi,aku teringin mempunyai anak. Ingin mempunyai keluarga. Ingin merasai hidup berumahtangga. Tapi dalam pada masa yang sama aku faham yang aku hanya boleh mendapatkan semuanya itu melalui seorang WANITA!! Walaubagaimanapun aku tak pernah bercerita pada mak abah dan family pasai latar belakang idup aku tatkala aku hilang dari pandangan mata mereka. Bermula dari kehidupan sekolah asrama, kampus universiti hinggalah kini-banyak benda terlarang yang dah aku buat di belakang mereka. Bila pulang ke kampung, aku lah sebaik-baik insan. Kalau ada pertandingan Family Idol atau Kampung Idol,rasa-rasanya akulah orang yang paling layak menjadi pemenangnya. Ya Allah,bukan niat aku untuk berselindung di sebalik diri ini!!

Dari aspek kehendak keluarga-aku anak tunggal lelaki. Harapan mak abah. Harapan keluarga. 7 orang adik beradik perempuan. 2 yang belum kawin. Kakak aku sulung janda beranak satu. Stay satu rumah ngan mak abah. Dia keje cleaner kat sekolah. Maklumlah, kakak-kakak aku dulu tak sekolah tinggi,mak abah takde duit nak beli perkakas sekolah. Tak cukup motivasi diri untuk bersungguh-sungguh belajar. Mak abah menoreh getah jer. Tak cukup duit nye nak sara 8 orang anak! Kakak yang kedua kerani sekolah je, tapi husband dia problem sangat-DRUG ADDICT. Pernah sekali masuk pusat serenti, tapi bila keluar tetap tak nak insaf. Anak dah 3 tu, semuanya kecik-kecik lagi. Teringat masa bapaknya setahun kena jadi pelatih kat pusat tu, aku la yang saban bulan bawak anak bini dia ke sana. Tak lain tak bukan sekadar nak memberi semangat supaya dia pulih. Tapi....hampeh!!! Akak aku nombor 3-tukang jahit. Husband dia keje kampung.Rumah pun tak jauh ngan rumah mak abah.

Walaupun hidup depa tak senang, tapi depa bahagia. Sayangnya, keje kampung ni pendapatan tak menentu. Kekadang terpaksa aku plak yg keluarkan duit sendiri support family depa. Kesian dok ada. Akak aku nombor 4, bulan 5 ni nak kawin. Itupun bila puas dipujuk ngan mak abah. Mana taknye, umor dah 30 lebih. Dapat jodoh ngan orang sekampung. Dengar citer keje tunangnya tu kontraktor kecil. Akak aku ni la yang banyak tolong aku masa study dulu. Nak harapkan study loan-tak cukup beb. Tu yang aku terpaksa buat part time jadi tukang masak kat fastfood.

Berbalik kepada kisah akak aku ni, dia sanggup berhenti sekolah setakat SPM je sedangkan dia layak sambung belajar. Lepas tu dia keje kilang kat Balakong. Bermula sebagai operator sekarang ni dah jadi supervisor. Tapi gaji dok tang tu jugak. Setahun adelah increament RM50! Tapi, bulan 5 ni dia nak berhenti,katanya nak concentrate pada suami dia. Aku harap sangat perkahwinan dia ni berjaya dan keluarga dia bahagia. Aku sayang sangat akak aku ni. Jasa dia mmg tak terbalas. Dari pengamatan aku, bakal suaminya tu pun nampak baik.Syukur.Akak aku yang kelima, surirumah jugak. Baru je kawin tahun lepas. Suaminya storekeeper. Tapi akak aku ni ade penyakit sket. Selalu tak sedarkan diri. Dulu-dulu teruk penyakitnya, tapi sekarang dah dapat treatment dari hospital. Dah kurang sikitla penyakitnya tu. Keluarga akak aku ni pun takde la senang sangat, tapi aku tak kisah janji depa bahagia.

Cerita pasai akak dah abis, masuk bab adik plak. Adik aku sorang keje as a lab assistant kat secondary school. Muda 2 tahun dari aku. Mak abah kata dia ni dah nak kawin ngan BF nye. Tapi mak abah suruh tunggu dulu. Turn dia belum sampai. Hehehe, dengar kata BF nye pun keje gomen jugak. Watever laa,janji ROCK! Adik aku yang paling bongsu, study lagi kat IPTA. Ujung bulan 12 ni abis. Pastu tak tau la nak keje ke atau further study. Tapi dia ni manja sket. Boros plak tu, nasib baik la abang dia ni ada. Nak harapkan duit biasiswa??Tak cukup beb.....

Aku????? Hehehe,- susah nak cerita. Aku ni pelik sket. Extraordinary people. Kekeke, tak perlu la aku nak describe lebih-lebih pasai idup aku. Masa kecik bercita-cita nak jadi doktor. Tapi bila besar tetiba jadi engineer. Keje kat salah sebuah konglomerat terkemuka kat Malaysia ni. Gaji pun dah oraitlaaa. Tapi still pakai kete Kancil je. "Sebijak Anda"-sesuai dengan tuannya. Hahaha. Ramai orang dok bising, "Ko ni gaji besau, beli la kete besau. Gen 2 tu besau apaaa!!" Amboi, sedapnya depa cakap. Biasalah, orang Melaka lah katakan. Ada orang Melaka tak kat sini? Hehhe... So for the conclusion, makin besar periuk nasi, makin banyak keraknya.(betul ke peribahasa aku ni erk?)....."Pening ku fahami diriku...."

Berbalik pada soal jodoh. Macammana nak settlekan erk? Kewangan pun blom stabil lagi-belom dapat keje permanent lagi ni. Eisssshh...i'm totally confusing!!
1) Kalo tak kawin manakan nak dapat anak dan family.
2) Kalo kawin plak, aku mmg tak mampu nak menjalinkan hubungan dgn wanita(sememangnya aku tak mampu-sbb aku ni extraordinary people!!
3) Kalo kawin nanti sapa nak jaga mak abah? Ladang getah pun baru lepas tebang. Tunggu lama baru bole ditoreh. Tapi mak abah pun umo dah 70 lebih. Tak larat nak wat keje lagi dah....
4) Kalo tak kawin nanti, apa plak kata mak abah? Diorang mmg mengharapkan sangat menantu perempuan.

"Sementara mak masih ada ni, eloklah ko KAWIN cepat," AYAT NI DARI MAK AKU SEBELUM AKU PULANG DARI KAMPUNG. Sedih giler aku bile teringat balik kata-kata dia tu. WWArghhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!! Dari side mirror kereta aku nampak tangannya mengesat air mata. Maaaaaaaakkkkk!!! Epilogue; Aku tau banyak hidden point yang tersirat di sebalik wadah aku ni. Terpaksa buat camtu sebab aku hidup dalam masyarakat Malaysia. Nak tak nak kena hormati kesucian agama dan pendirian orang lain. Aku bukannya sekular, aku masih ada agama yang aku pegang sejak aku mula-mula dicipta dari benih abah. Walaupun aku sedar salah silap aku, tapi naluri aku tak boleh nak di buang jauh-jauh. Mak abah orang kuat agama. Setiap kali aku balik kampung,mesti kena 'brain wash' walaupun ada nasihatnya tu memang betul-betul kena ngan batang hidung aku. Tapi semuanya dah terlewat- mak, dah terlambat-abah. (aku rasa sebak semacam plak...) Apa yang aku tau, kesan dari masalah aku ni berpunca dari kelalaian aku suatu masa dulu. Tuhan dah larang aku supaya jangan buat tapi aku degil. Kerana nafsu, jiwa dan minda aku binasa. Sekarang ni dah susah untuk aku kembali ke jalan sebagai seorang lelaki yang normal. Erm, tak guna dah nyesal sekarang ni. Bak kata Karam Singh Walia - "Nasi dah menjadi bubur!" Erm, camner nak buat tu erk…..

p/s : ehsan dari e-mail aku terima...sila2 komen ekk, rupanyer mamat tu bukan tulen, auwww la pulak (hehehe...)

11 comments:

razlizahazleen said...

laa...mula2 baca rasa pelik..pastu pikir,rafflesia ni bukan pompuan ker?cis..tertipu rupanyaaaaa...

elly said...

wakakaka....makin kurang la kaum adam kat dunia ni...

Syikin said...

salam,

ya Allah, buat saspen aje..mula2 baca akak fikir, la RM ni rupanya lelaki..tp, bila sampai kat p.s. tu, haha..syikin tertipu.

siannya kat budak tu..apapun dia kena baiki diri ebtul2 n cakap kt parent, jodoh belum sampai..itu jwpn mudahkan?

Purpleheart said...

nice story.. :)

RaFFLeSiA MeRaH said...

razlizahazleen : tertipu tipah yerr...hehehe, kan suruh baca tajuk dulu sebelum baca citer...

elly : auwwwww....

syikin : hehehe, sori yer..wat sumer org suspen, apepun ada pengajaran dari citer tu...

purpleheart : tu ler, best citer dia bagi yg memahami...

Kak Lady said...

*Senyum*....

Kak Lady tertipu rupanya...konfius betul memula...berkali-kali baca perenggan yang meng'konfiuskan' rupa-rupanya cerita kat email...

Apa-apa pun budak tu kenelah berterus terang...sebab kat dlm cerita ni pun dia tak menerangkan dengan terang bagaimana status dia...susah nak komen///

RaFFLeSiA MeRaH said...

kak lady : sowiiiiiiiii...ramai yg dah conpius ngan citer ni ekk... hehehe, sesekali bagi exercise minda kita ekk...hehehe...

MAMARISYIA said...

ko nikan...buat aku konpius tau...sib baik kat adik beradik tujuh orang tu baru aku teringat ko tiga beradik jerkan..ni mesti amik dari email lagi ni!!kan aku dah kata betul!!!hihihi...

RaFFLeSiA MeRaH said...

mamarisyia : hehehe...opss, bukan 3 org, 2 org jer (twin), takper, pasni kita dah ready entry yg x ciplak nyer, bahasa sendiri...ptg skit kita open kat org ramai baca ekk...tgh prepare ni...

Arena said...

cis gua pon tertipoo gaks..konpius aku sekajap..

anyway, utk penulis email tu, banyak2 lah berdoa, minta petunjuk dr Allah. Takkan silap Allah ciptakan dia sebagai lelaki. Kita manusia ni yang lemah..

yus said...

adeii!!! saya pun terkonfius, ingat cerita sendiri tadi....sebelum bagi komen ni, siap dua tiga kali baca semula....hahah