30 July 2007

Stop Sementara Waktu....

Bukan tujuan nak stop berblog ni utk selamanya, tapi mungkin atas byk sbb lain yg patut aku dulukan...byk mende lain yg patut aku prepare dlm waktu terdekat ni, bukan preparing utk wedding aku jerr, tapi jugak disebabkan kerja yg agak bertambah kat opis aku nihhh, satu lagi sbb musababnya wat aku x dpt bagikan masa utk berblog, sbb byk web yg perlu aku layari lately nihhh, pcm terutamanya....tapi chatting still on, hehehehe....utk kengkwn sumer, nanti bila aku dah mula mengganas, aku gtahu korg sumer yerr...take care utk sumer....jumpa lagi....maybe amik masa seminggu jer kot aku stop berblog nihhh...hehehehe....

26 July 2007

E-mail Dari Seorang Lelaki

Bayangkan dalam satu situasi. Seorang perempuan berpakaian cukup seksi. Dengan dada yang terdedah, dengan kain yang singkat lagi ketat hingga membonjolkan apa yang sepatutnya tersimpan. Kemudian si perempuan ini berjalan di hadapan seorang lelaki. Dek kerana daya tarikan yang cukup hebat, lelaki itu menatap dada putih, gebu yang terdedah itu dengan pandangan yang cukup ‘menakutkan’ si perempuan.

Mungkin ada perempuan yang suka ditenung sebegitu. Tetapi, pada umumnya,
reaksi yang batal diterima adalah kerlingan marah daripada sang perempuan.“Gatal!”, sekurang-kurangnya itu yang akan tersembul dari bibir perempuan itu. Lebih malang lagi, jika ni berlaku dalam sebuah syarikat, kemungkinan lelaki itu boleh didakwa sebagai melakukan ganguan seksual terhadap wanita tersebut.

Peraturan gangguan seksual di tempat kerja rasanya sudah lama digesa oleh
pihak kerajaan untuk dilaksanakan. Sebagai muslim, sesungguhnya saya amat bersetuju dengan peraturan ini. Bukankah Islam diutuskan salah satunya sebagai penyelamat kaum wanita? Dengan adanya peraturan yang sebegini, diharapkan sekurang-kurangnya dapatlah membentung nafsu jahat ketua-ketua lelaki yang suka mengambil kesempatan.

Tetapi adakalanya saya berasakan peraturan ini sebagai berat sebelah. Rasanya peraturan ini terlalu membela wanita dan benar-benar menekan lelaki. Contohnya, seorang perempuan yang sengaja mahu menggoda seorang lelaki, dengan sengaja membuka butang bajunya ketika di bilik lelaki tersebut. Tetapi sekiranya ada pihak yang menyerbu, dengan sedikit air mata daripada perempuan itu, tentu sahaja si lelaki akan dituduh sebagai cubaan mencabul.

Tetapi bukan ketidak adilan sebegitu yang ingin saya bicarakan di sini.
Cuma saya selalu terfikir. Adalah salah bagi seorang lelaki untuk merenung seorang perempuan dengan renungan yang bernafsu. Begitu juga, salah bagi seorang lelaki untuk memegang atau menyentuh, secara sengaja, mana-mana bahagian pada tubuh wanita yang dirasakan sensitif atau boleh memalukan wanita tersebut.

Betul, perbuatan-perbuatan yang saya sebutkan di atas memang boleh
dikatakan melampau. Tetapi, pernah si penggubal peraturan ini terfikir tentang perasaan kaum lelaki pula? Sememangnya Allah menciptakan lelaki itu akan teransang dengan perempuan. Sedangkan melihat perempuan berbaju kurung dari kain lembut yang ditiup angin pun adakalanya boleh merangsang lelaki, apatah lagi yang terang dan nyata terdedahnya.

Berapa ramaikah lelaki di dunia ini mampu menahan matanya melihat paha atau
dada yang putih, gebu dan montok tertayang di hadapan mata? Saya boleh menjangkakan, ada yang akan berkata “takkanlah lemah sangat iman hingga tidak dapat menghindar dari memandang yang sebegitu”. Benar. Tetapi, berapa tebalkah tembok iman yang diperlukan. Saya percaya Tembok Besar China juga akan roboh jika acap kali diasak.

Maka sebenarnya, lelaki juga sepatutnya dibenarkan untuk membuat dakwaan
gangguan seksual oleh wanita. Percaya atau tidak, perempuan yang berpakaian seksi sebenarnya sedang melakukan gangguan seksual kepada lelaki. Dan gangguan-gangguan perempuan ini sebenarnya sama sahaja jahatnya dengan lelaki yang melakukan gangguan seksual menggunakan anggota fizikal mereka. Terus terang, saya sendiri cukup terganggu dengan perempuan-perempuan yang sebegini. Seperti contohnya baru-baru ini. Saya mengadakan perbincangan dengan jurutera dan ketua-ketua saya. Si jurutera perempuan ini duduk bertentangan dengan saya. Ketika itu kesemua kelihatan baik sahaja kerana pakaian jurutera itu, walaupun tidak menutup aurah, masih kelihatan tidak menjolok mata.

Namun seketika kemudian dia berpaling membelakangkan saya seraya membongkok, merapatkan dadanya ke meja. Ketika itu tersinsinglah jaket dan bajunya menampakkan kulit bahagian belakang tubuhnya. Saya jadi serba salah. Terpaksalah saya menunduk untuk mengelakkan fitnah. Kata orang, pandangan pertama rezeki. Pandangan yang berikutnya pula adalah bencana. Sudah tentu saya tidak mahukan bencana itu. Tetapi terlalu lama pula dia berkeadaan begitu, Akhirnya saya menyorong
kerusi dan duduk di hadapannya. Suasana tenang buat seketika. Tidak berapa lama kemudian si jurutera tadi berdiri pula. AllahuAkbar… Rupanya seluar yang dipakainya sangar ketat. Ditambah pula keadaan fizikalnya yang montok, sememangnya menyakitkan iman. Saya dapat lihat beberapa teman tersenyum-senyum melihat keadaan ini dengan anak mata saya. Ketika itu saya terfikir. Kalaulah semua perempuan yang seksi didenda
alangkah baiknya. Sekurang-kurangnya dapat juga menjaga orang-orang yang lemah imannya seperti saya. Tetapi, jika saya tidak silap, sudah ada peruntukan untuk hukuman sebegitu bagi kebanyakan negeri. Iaitu berpakaian atau berkelakuan tidak sopan atau tidak senonoh di hadapan khalayak merupakan satu kesalahan dan boleh didenda.

Tetapi definisi tidak sopan atau tidak senonoh terlalu subjektif. Sukar
untuk ditentukan. Mungkin jika orang perempuan yang berjalan dengan hanya memakai coli dan seluar dalam di tengah bandar akan dihukum sebagai berkelakuan atau berpakaian tidak senonoh. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang berpakaian tetapi telanjang? Kelihatan seperti berbaju tetapi sebenarnya tidak begitu? Contohnya berbaju tanpa lengan. Sesetengah orang menyifatkan ianya sebagai seksi tetapi ada juga (ramai sebenarnya) menganggap itu sesuatu yang biasa. Begitu juga dengan yang berpakaian ketat. Bajunya memang berlengan panjang dan menutup dada sehingga ke leher tetapi telalu ketat hinggakan bagai hendak meletup benda yang (sepatutnya) tersembunyi di dalamnya. Itukan seksi juga namanya? Itukan berpakaian tidak senonoh juga?

Sebenarnya, jika hendak menjaga tatasusila sebagai orang timur amnya, dan
sebagai muslim khasnya, penggubal undang-undang wajib berlaku adil. Jangan hanya lelaki yang didenda sedang perempuan yang adakalanya lebih bertindak sebagai punca dibiarkan bermaharajalela. Kedua-duanya sama. Jika lelaki mencabul atau merogol itu satu kesalahan, perempuan yang berpakaian seperti meminta untuk dirogol juga sepatutnya dianggap membuat kesalahan. Allah telah mendatangkan panduan dengan terang dan nyata. Hanya perlu kita mengikut arahanNya untuk kehidupan yang lebih sempurna. Tidak perlu didefinisikan seksi itu apa dan bagaimana. Ikut saja suruhan Allah. Sesiapa yang tidak menutup aurah dengan sempurna, baik lelaki mahupun perempuan, mesti didenda. Semoga dengan ini, insyaAllah masyarakat akan lebih terpelihara. Dan lebih utama, Allah juga akan menjadi lebih cinta kepada kita…..

24 July 2007

Siannyer Tucen2 Tu....






Jawab Tag Ila...

1.Dah pukul berapa sekarang?- Dah 12.45 noon

2. Apa mood sekarang?- rasa penat dah tgk pc dari pagi tadi, sejuk kemain lagi ni, tak tahan kalo x pakai baju sejuk merah aku nihhh....

3. Rasa nak buat apa sekarang?-nak jenguk fotopages kawin, nak borak ngan kengkwn yg sewaktu dengannya, nak gak bukak blog kengkwn sumer, tapi sumer tu nak wat dlm satu masa...hehehehe, berpinar bijik mata aku nihhh...

4. Kalau ada magic sekarang rasa nak buat apa?-magic?? ish...x pikir lak ader perkara leh jadi magic...tunggu lah pk kemudian yerk...

5. Rasa nak tengok citer apa sekarang?-xder rasa pun nak tgk tv skrg ni, tapi teringin nak tgk citer2 kelakar jer skrg ni, cam filem senario tu...nak release tension sat...

6. Keluarga tgh buat apa sekarang?-Mak tengah jaga baby kat umah puterisatu, puterisatu tgh berintenet la kat sebelah aku ni...hubby adik aku tgh keje kat sg. besi...tu jer kuarga yg paling rapat ngan aku skrg nihhh....fiance lum leh masuk senarai lagi, kuikuikuikui...

7. Apakah waktu makan sekarang? Dah makan?- Bekfes tadi dah, skrg tunggu nak makan tengahari, ader lauk free kat ujung bilik meeting tuhhhh....

8. Rasa nak duduk bersama siapa sekarang?-Nak duduk ngan fiance berdua-dua jerrrr, takder org lain kaco, tapi tu kena tunggu pas bulan 12 dan time tu ari minggu....hukhukhuk...

9. Dan dia tgh buat apa sekarang?-Dia tu sape yerkk? x paham dia tu tuju pada siapa...

10. Macam mana cuaca sekarang?-Tadi pagi cam ujan renyai, skrg ni dah cerah tapi mendung, syok tido niihhh...

11. Kalau ada cash sejuta dalam tangan sekarang, nak buat apa?-nak beli umah banglo, nak beli keter bmw, nak sedekah kat masjid kat kg aku sane nunnn barang 10 ribu.......

12. Rasa nak souvenir dari siapa sekarang?-hemmmm~~~mestilah dari si dia itewwwwww, kurang2nyer lilin wangi kerr cukup laaa...

13. Setelah menjawab beberapa soklan survey ni, apa mood sekarang?-Eeeerr…rasa puas sbb dah balas tag ila tuuu....harap ko puashati yer ilaa.....

14. Jadiknye, dah pukul berapa sekarang?- Dah kul 1.00 noon

15. Akhir sekali, rasa nak tag siapa sekarang?- xnak tag sesape laaa....

18 July 2007

Budak Suka Sengih + Suka Meragam....



Inilah dia budak pandai menyengih bila kena agah, tapi time dia nangis, fuhhh, berpeluh ketiak papa ngan mama dia....hehehehe....ni gambor paling kelakar, mak aku jadi tukang agah masa tu, aku duk snap gambar dia...

16 July 2007

1stime Jumpa Bakal MIL...
















alhamdulillah.....ape yg aku tunggu selama ni dah pun ketemu, jumpa mak fiance, jumpa adik beradik fiance, sumer aku dah jumpa walaupun x kesemuanya balik time aku dtg smlm, tapi alhamdulillah separuh dari adik beradik dia ader same kat situ....yg buat aku lega sesgt keluarga dia jenis sederhana, mcm keluarga aku jugak....so aku rasa mudah nak sesuaikan dgn diri aku..bila aku bayangkan family dia jenis hebat, rumah besar, kira family kaya raya kerr, hishhh, takut sesgt aku….hehehehe, rupanya rumah dia jenis rumah kg, suasana kat kawasan umah tu pun cam kat kg walaupun dekat ngan haiway penchala link tu tapi x bising bunyi keter…..memula sampai tu segan jugaklah, mane tau kot cara diorg tu lain ngan cara aku ngan family aku....dulu masa jumpa akak2 dia masa tunang dulu memang x sempat nak borak2 panjang....smlm borak ngan mak dia, borak ngan akak2 dia, ngan adik dia...peramah sgt, tunang aku? ciiittttt…pendiam, sesekali jer nak berborak…dia ngan adik beradik dia pun x byk ckp pun….manusia ehhh, rambut same itam perangai lain2, tu x dpt nak nolong aaarrr…..

haa, gambar atas tu karipap hasil tgn aku sendiri tau...separuh lerrr, hehehehe...inti tu memang aku wat sendiri, cuma tanyer skit2 ngan mak nak buh bahan ape masa nak masak tu, kulit karipap tu mak yg bancuh, pastu bentuk karipap tu memang ader yg aku buat, ader yg mak buat, hehehehe...okla kot bentuk karipap tu ekk? rasa pun sodapppp (ni puji sendiri jer laa....) pastu bwk buah epal ngan lai beli kat pasaraya bintang ari sabtu tu....kat atas sekali tu gambar baby aqilah najla tgh duk melaram nak gi umah fiance aku tuuuu....kemain lagi budak kenit tu kalo bab berjalan, langsung x nangis, mama ngan papa dia risau sgt takut anak wat hal meragam kat umah org tuuu...rupanya alahaiiiii, memang bukan main baik lagi pi umah nenek sg. penchala, huhuhuhuhu...sesekali jer merengek nak susu or tukar pampers dia, ader ke kat umah org tu dia bantai buang air besar, dahlah tu, pi cuci dia kat bilik air dia bantai menjerit sekuat ati, aku pun satu duk pi jirus montot dia pakai air kolah, mau x jerit...huhuhuhu....x pasan ader paip kat tepi bilik air tuuu....tapi tu lerrr, masa nak pegi tu ader lah niat nak bwk kamera, leh amik gambar ngan family2 dia, tapi tgh syok snap gambar baby kenit tu, bateri lak kong…langsung x jadi bwk….huhuhuhu….kalo x leh amik gambar baby arif yg tomey tuuu...

sampai sane dlm kul 12.45, memula ingat nak pi awal skit, mcm x syok jer sampai2 betul2 time lunch kan...tapi tu lerr, baby lak bantai tido kul 10.45 tuuu terpaksa la tunggu dia bangun dulu...dekat kul 12 baru tolak dari ampang, sampai kat sane x tahu lak jalan nak gi umah dia, terpaksa lah call fiance suruh dia jemput kat petronas...ikutlah pulak keter dia nak sampai ke rumah dia tuuu, masa tu pulak ujan renyai2...alhamdulillah, hujan rahmat, hehehehe.....sampai2 situ tgk2 anak2 buah dia berderet duk tepi pintu, huhuhuhu...ni kalo time raya ni kopak poket pak uda dia, muehehehe....bila tgk family ramai mcm tu, sonok...riuh rendah umah dia, memula jumpa adik dia, akak dia, akak ipar dia...abg dia, memula duk rumah tamu jer tapi tgk2 mak dia x der, mak ajak masuk dlm nak jumpa mak dia...pertama kali tgk makcik, alahai...sayu ati aku...kaklong dia tgh pakaikan tudung mak dia yg sedang berdiri bertongkat tepi katil kat dapur...masa tgk mak dia, pandang kat fiance aku...tah, rasa sedih sgt...masa tu barulah terpikir, patutlah fiance susah nak kuar selalu sgt, kalo mak aku dlm keadaan mcm tu memang tak berani tinggalkan sorg2 kat umah....

mak dia problem tang lutut, dahla tu ader sakit kencing manis ngan darah tinggi pulak....dah salam cium tgn mak dia, tanyer kabar sumer...duk kat ruang depan balik, mak dia ader same, tapi memang x leh duk bwh, terpaksa duk atas kerusi, mak aku yg byk borak ngan mak dia, aku celah2 gitu jer laaa...x sempat nak borak lame, fiance aku dah hampar kain, lorrrr...baru duduk diorg dah nak ajak mkn ker? muehehehe....patutlah rupanya dah dekat kul 1.30, org dah hidang wat ape nak segan2 lak kan...alahaiii, byknyer masak, ader gulai masak lemak ayam kampung, ader goreng kacang buncis, ader sambal ikan tenggiri, ader buah rambutan buat pencuci mulut....mkn ramai2, tapi x syoknyer mak dia x leh nak join sekali sbb x leh nak mkn kat bwh, terpaksa mkn atas meja, pas mkn2, borak2 lagi ngan mak dia...ngan akak dia, ngan adik dia....baby najla elok x nangis, time dia pas nyusu elok dia tido....agaknyer ramai org kat umah tu kot wat dia ralit...masa tu dah dekat kul 2.15, fiance tanyer nak solat dulu kat sini ker? aku kata ikut jer la diorg...adik kata sempat kalo nak balik umah, tapi baby lak kena tukar lampin sbb dah buang air, mak aku kata elok solat dulu kat situ....yerlaa, kita dtg umah org ni nak kena jaga hati diorg, nanti kata x sudi lak nak solat umah diorg pulak kan....so, gilir2 smbhyg...

pas solat tgk2 fiance tgh tuang air teh, laaa...mkn lagi, siap ader kuih memcm pulak termasuk karipap aku tuuu....hehehehe, mkn jer la kuih lain ekkk, jgn nak jadi buruk siku pulak, yg kelakor hubby adik aku ditibainya karipap tu jugak, mati2 dia ingat tu bukan karipap yg aku bwk tu, muehehehe....sabor jer laa…pastu abg ipar dia yg sorg lagi tu ader balik, dah la mak aku sakan berborak pulak, gelak kemain kuat lagi abg ipar dia tuuu…suker benor borak ngan mak aku, tah ape diboraknye aku pun x perasan sbb tgh borak ngan adik dia (adik dia ni pun kembar gak, tapi anak dah sorg, tomei sgt baby arif yg umur 7 bulan tuuu….putih melepak kulit dia) agak2 dah dekat kul 3.30 mak ajak balik, rasa lame sgt dah kat situ…baby najla pun dah tido, so terpaksalah beransur balik….jumpa mak dia, akak2 dia, salam sumer…akak sulung dia siap bekalkan gulai ayam kg bawak balik, huhuhuhu….ujan still x benti time kitorg balik tuuu, alhamdulillah mudah-mudahan pertemuan antara family aku ngan family dia akan lebih mengeratkan tali silaturrahim dan tali persaudaraan antara kami…insyallah....

10 July 2007

Buat Pertama Kali...

fuhhh...penat ari tu dah ilang dah, ni dtg pulak penyakit ketaq2 dada, muehehehe....sbb ape? emmm...nak citer ke x nak citer yerk? ekceli ahad dekat ni nak pegi ziarah mak fiance kat umah dia...tahlah, rasa takut gak, rasa debar gak, rasa nyilu gak...hehehe...apepun aku kena mulakan belajar dari skrg biasakan diri dengan family dia, ngan akak2 dia, ngan abg2 dia, ngan adik2 dia dan yg paling utama ngan mak dia....untuk pengetahun korg sumer, selama aku tunang x penah jumpa lagi face to face ngan mak dia....just masa tunang dulu kenal ngan akak dia 2 org, ngan abg dia sorg, tu jerr...masa pegi lawat abah dia kat sepital dulu pun jumpa ngan akak dia jer....yg lelain memang x penah kenal...

maybe family dia jenis ikut adat org dulu2, sebelum tunang x penah bwk bakal menantu dtg umah, dia pun penah gtahu aku masa aku memula kwn dulu, dia takut aku terkejut dgn cara family dia...dia nak aku faham, kesemua akak atau abg dia dulu sebelum kawin, inilah cara diorg, dah tunang pun kalau dtg umah mesti family memasing ikut same lagipun dia penah citer mak ayah dia jenis terima pilihan anak2, kalo anak2 rasa elok, eloklah bagi diorg, huhuhuhu memang anak2 x der masalah la yer utk mintak restu org tua diorg, senang citer aihhhh...so, aku terima cara family dia, sampailah saat ni rasa2 mcm x sabar2 pulak nak kenal mak dia, nak kenal family dia, padahal dulu memang plan nak pegi dah, tapi memandangkan puterisatu tgh sarat, niat hati tu aku tangguhkan dulu, skrg dah pun lepas 60 hari pantang, baby pun dah besar skit, so niat tu aku sambung semula....insyallah ahad ni gen2 merah bwk aku satu family bertandang kat umah fiance....

nak pakai baju ape yer ari tu nanti? ramai kengkwn nasihatkan aku pakai baju kurung lagi elok gi sane...hehehe, takkan nak pakai jeans lak kot...bukan nak gi konsert rock, ye dak...apepun thanks utk kengkwn yg bagi pandangan, bagi nasihat kat aku selama ni....ari tu dah kata ngan fiance nak dtg pagi skit, x nak ganggu waktu lunch diorg, takpun dtg time ptg kerr...tapi takut lewat balik pulak, maklumlah bwk baby baru lahir ni x leh pulak balik time magrib2, x baik kata org tua2...fiance pulak duk ckp akak dia nak masak2 ajak lunch kat sane, adehhhhhh.....lomah kepala lutut aku dengar...harap2 pertemuan tu nanti berjalan lancar yerr...eh2, ape nak bwk yer gi sane? buah2 pun ok kan? takpun mintak mak aku buatkan karipap utk ole ole bwk gi sane....hishh, takut niiii....

09 July 2007

Penat Ya Rabbi....

thanks buat kengkwn yg komen entry sebelum ni, x sempat nak jwb komen2 tu sumer....nak mengejar wat entry baru lak ptg ni...pagi tadi byk keje nak settle, maklum ler dah cuti khamis jumaat last week, biasalah kat meja ni bertabur laaa ngan kertas2 nak kena settle...sib baik jer aku x tambah cuti ari ni, duk pikir2 balik cuti kena jimat skrg ni...bulan 12 dah tentu nak guna cuti tu dekat 2 minggu, silap2 3 minggu terus, muehehehe...

kalo nak citer bab penat ni, rasa mcm nak sambung cuti sampai seminggu jerr...try la korg bayangkan kepenatan yg aku rasa ni yerrr...hehehe, memula nak citer kisah penat aku ni dari ari khamis lagi, kul 9 pagi aku ngan mak dah start jalan kaki ke station lrt ampang, nak suruh adik antar baby lak x der sape nak tgk, kerusi baby dlm keter pun x beli lagi...takperla kata kat dia....dah sampai kat pekeliling sib baik sempat ngan bas 9.30 pagi, terus beli n naik bas tuuu...org pun x penuh, aku memula duduk dlm bas tu, rasa nak termuntah, dah lame x naik bas kot, ngan bau aircond camtu aku memang rasa x tahan, kepala ni memantak la pulak, otw tu saje2 bagi mata pejam...sib baik terlelap gak, dah la tgh syok2 tido tu ader lak air ngalir jatuh atas kepala aku, ingatkan air ape, rupanya salur aircond tu bocor, adehhhh....letih tul ler....last2 pindah kat sit lain....

sampai kat temerloh, bas nak menuju ke kg aku dah ader, tu pun sempat lagi mak aku gi beli goreng pisang ngan goreng kropok kat bus station tuuhhh...naik lagi bas, kali ni bas punyerla buruk, x dengar ape time bas tu jalan sbb besi bas tu berlaga same2 sendiri...huhuhu...bingit telinga aku, dlm ati, leh kata bas ni hidup segan mati x mahu ler kalo camtu...korg bayangkan laa, bas tu zaman2 aku kecik lagi dah ader....mahu x lebih dari 20 tahun bas tuuu...hehehe...rasa aku kalo ader la call ke nak call org ker, sah2 ler x dengar aper kalo berckp dlm bas tu...

dah sampai kat kg aku, nak kena tunggu keter sesape dulu baru leh tumpang balik umah aku, dulu2 ader bot, skrg dah ader jambatan baru buat, bot pun memang dah x der langsung, dan memang dah x laku pun kalo ader pun...last2 tipon adik sedara yg baru pas abih sekolah tu mintak amik naik motor, kena lah gilir2 ngan mak aku, masa naik motor tu rasa nak tercabut lak tudung aku...muehehehe, mane penah naik motor sebelum ni, rasa dah bertahun x naik motor nihhh, takut weiiii....dah sampai umah, ape lagi, acara sapu2 umah, mop2 lantai, dari ruang tamu sampai la ke dapur, kat bilik air pulak, kolah nak kena cuci, air dlm tu sumer dah kotor, biasalah umah tinggai camtu lerrr....tiap kali balik itulah keje aku....sampai ke ptg lum settle lagi, sambung lak pagi jumaat tu...pastu kuarkan siap2 pinggan mangkuk utk kenduri ari sabtu tu pulak, sumer nak kena basuh...puterisatu ader nanti pun bukannyer leh tolong aku sgt, anak dia tu sah2 lah kwek kwek kwek jerr, x nak la suruh dia bantu aku lelebih, risau gak org pas besalin ni bukan leh wat keje berat2....takperla (dlm ati aku, pengorbanan aku ni harap2 org akan ingat sampai aku mati....niat aku ikhlas, x perlu nak balas ape2pun) yg aku pikir aku x der adik beradik lain selain aku ngan puterisatu...so, aku x pernah berkira tenaga aku, selagi aku mampu aku buat...tu pun mak aku bantu jugak, aku pun x nak suruh dia wat keje berat2, bukannya sihat sgt pinggang dia tu lagi...huhuhuhu...

kul 11 diorg 3 beranak sampai, aku still x abih settle keje lagi, ptg tu puterisatu gi berurut kat maran, siap bwk mak aku ngan baby dia, tinggal sorg2 settle kan semua keje kat umah...mlm tu wat sambal sotong ngan nasi goreng jerr, dah x larat nak wat masak2 lagi dah...sib baik sepupu ader balik, wife dia tolong aku kupas bawang, siang sumer2 bahan nak wat rendang...mak sedara dtg dekat kul 11 kukus pulut, aku siang ayam 4 ekor...huhuhuhu...nasib x 10 ekor ayam, kalo x mau sampai kul 3 pagi potong ayam sorg2...kul 12 dah memang x mampu nak wat keje lagi dah...terus tertido, kul 6.30 bangun terus x tido lagi dah, buat2 air sumer, tetamu dah ramai dtg, kul 10 majlis dah bermula, acara nak potong jambul baby kenit tuuu, memula ok jerr x nangis, bila org start pegang rambut dia nak gunting, melalak bagai nak ape....muehehehe...sempatlah 3/4 org gunting rambut dia...tu pun papa dia x nak bagi gondol, syg katanya rambut baby tu lebat...

kul 12 wat cendol pulak, sib baik ramai org2 kampung tolong masa kenduri tu, alhamdulillah...diorg sumer dah balik, puterisatu lak nak pegi berurut, baby dia tinggal sbb tgh tido...terpaksa la duk ader kat sebelah dia, last2 aku lak yg membuta, hehehehe...sib baik ler wife sepupu dtg tolong basuh pinggan...tu pun x sempat abih sbb dia nak balik jengka ptg tu jugak...last2 aku gak yg menyudahkan keje tu sumer...adehhhh...sampai magrib x abih2 lagi kemas....last2 sambung sok pagi jerr, tu pun berkejar, yerlaaa....baby tu pun tinggal gak time mama dia gi berurut pagi tu...kali ni susah lak nak tido kan, dia dah tido baru lah aku leh sambung mengemas pulak...bagi mak aku lak jaga dia tido....sib baik kul 12 tengahari dah settle sumer, tu pun sempat lagi masak nasi lemak wat mkn tengahari...

kul 3 ptg gerak balik kl, fiance msg kata nak dtg ampang pulak, xnak la gtahu dia penat ke hape, nanti kecik lak ati, jauh lak ati...kul 5 sampai kat umah sewa, mintak adik ipar aku bentikan aku kat situ, baju aku x byk kat umah puterisatu, dahla tuu...sampai2 kat umah duk call fiance langsung x dpt, bunyi bip jer...send msg pun x nak...confirm la line celcom yg problem, terpaksa lah cari public fon kat bwh...call2 x jwb pulak, call kali kedua akak ipar dia yg jwb, memula ingat aweks mane, huhuhuhu....risau pun ader....rupanya member tgh basuh baju dlm bilik air, siannyerrrr anak bujang sorg nihhh...hehehehe...takperla, x sampai setahun jer lagi nak kena basuh baju sendiri...borak2 lak ngan akak ipar dia, memang sporting lerrr....last2 syiling pun dah nak abih, mintak akak ipar dia gtahu fiance aku suruh call aku balik...

10 minit dia call kata nak gerak dtg ampang, x sempat nak mandi tukar baju ngan seluar lain jer, huhuhuhu....15 minit member dah tercongok kat bwh...pegi UO jenjalan kat situ, dia nak beli barang2 dia, aku sempat nyelit nak beli hadiah kawin kawan aku...huhuhu...kul 7 dah kuar dari situ, terus gi mkn kat bandar baru ampang, lapor la perut dari tengahari x mkn ape2....kul 8 dah balik umah, kul 9 turun lagi sekali sbb member dari phg balik dari kg kata nak bagi buah salak ngan pisang, macih yunnnnnn....susah2 jer dtg antar buah2 buahan tuuu...pas smbhyg isyak, kul 11 dah start tdo...x sempat nak iron baju dah...penat weiiii.....

04 July 2007

Cantik Tak Diaaaaa.....





















cute ehhhh budak kat gmbar ni...bukan kwn aku pun, tertengok kat fotopages cameraman adik aku masa kawin dulu, dah lame x masuk situ...dulu2 rajin gak tgk gambar2 pengantin kat situ...skrg budak tu dah jadi model dia...huhuhuhuhu...ekceli jurufoto ni org kg aku gak...kg aku ngan kg dia sebelah2...dan aku kenal dia pun secara kebetulan, aku kenal adik ipar dia kat chatting, pastu adik dia yg rekemen abg ipar dia leh amik gambar kawin, masa tu adik aku tgh cari jurufoto, siap pegi umah dia kat kajang lagi nak tgk contoh2 gambar dia penah amik, borak punyer borak rupanya kg dia kat sebelah jer ngan kg aku...ingat kawin nanti nak amik dia jer la kot, sporting pun sporting, pastu duit minyak x yah bayar, hehehehe....maklumlah dari umah dia kat kg tu x sampai 5 minit pun nak sampai umah aku....eh, aku x dpt nak citer panjang la skrg ni...terbizi lak kat opis ni pagi tadi, x sempat nak mkn pun....sempat bancuh milo jer secawan ngan roti sekeping...nampak gaya mengaruk cari mkn ler tengahari ni kang...ok kengkwn....just nak update blog jer nihhh...

update terbaru : sok ngan lusa tuan rumah nak bercuti, balik kg ader majlis potong jambul dak aqilah najla tuuuuu...nanti tgk gambar dia yerk, botak ke x botak...hikhikhikhik...jeng jeng jeng....

03 July 2007

Tag From Iman Mawaddah....

I was tagged by Iman Mawaddah...

* If you are tagged, you need to write an entry related to the meme.

*At the end of your entry you just need to tag as many persons as you like.

*You will then leave a comment in their blog to let them know they have been tagged.

*And to include this message, "By doing this meme you are contributing rm127 to the Darul Izzah Orphanage".

*Then please copy and paste this rule somewhere in your entry.

*The meme is about completing at least seventeen out of the following twenty seven sentences..

1. A person is only as good (Seseorang itu dikatakan baik)... – pandai amik ati dan selalu caring kat diri kengkwn or family dia...

2. Friendship is always (Persahabatan akan selalu)... – bahagia bila adernya keikhlasan...

3. To love is to (Menyayangi adalah)... – satu perasaan yang hanya kita dan yang disayangi jer yg tahu...

4. Money makes me (Duit membuatkan saya)... – hepi sesgt time ujung bulan...hehehehe...

5. I miss (Saya rindu)... – zaman kanak-kanak.

6. My way of saying I care is by (Cara untuk menyatakan saya mengambil berat)... – Mengambil tahu dan selalu cuba menghiburkan hatinya....

7. I try to spread love and happiness by (Saya meluahkan kasih sayang dan kegembiraan dengan cara)... – cari idea buat dia gelak..

8. Pick the flowers when (Petik bunga apabila)... – saya balik kg...sbb umah kat kl ni umah flat jerr...hehehehe...

9. To love someone is to (Menyayangi/mengasihi seseorang bermakna)... – sanggup menggembirakan seseorang melebihi hati sendiri....

10. Beauty is (Kecantikan adalah)... – sesuatu anugerah tuhan buat sumer umat manusia di dunia ni....

11. When I was thirteen, what I remember the most was (Perkara yang paling saya ingati ketika berusia tiga belas tahun)... – form one… emmm....rasa same jer kehidupan dengan usia 14 tahun...cuma rasa dah agak besar bila mula2 masuk sekolah menengah...

12. When I was twenty one, I remember (Ketika berusia dua puluh satu tahun, seingat saya, saya)... – baru datang kl, start keje dahhhh...

13. I am most happy when (Saya sangat gembira apabila)... – menghiburkan hati mak sy, adik sy dan tunang sy....last sekali agah si aqilah najla bagi dia sengih2, anak buah pertama sy....

14. Nothing makes me happier than (Tiada perkara yang menggembirakan saya selain)... – orang lain boleh menerima saya seadanya...

15. If I can change one thing, I will change (Jika saya mampu mengubah sesuatu, saya akan mengubah)... – diri sy supaya suka minum susu...masalah, masalah...hehehehe...

16. If smiles were (Jika senyuman itu adalah)... – pengubat luka hati org lain...

17. Wouldn't it be nice if we could (Alangkah baiknya jika)... – tiada penjenayah kat dunia ni...

18. If you want to (Jika anda mahu)... – kasih syg paling banyak dari org sekeliling x kira kengkwn, keluarga dan org tersayang....

19. Money is not everything but (Duit bukan segalanya, tetapi)... – ia mampu menghancurkan hubungan sesame manusia...

20. The most touching moments I have experienced is (Pengalaman yang paling menyentuh jiwa saya, ialah)... – kali pertama pisah ngan mak masa dia nak gi haji, mak cium kali2 kat pipi sy....sedih tauuu....

21. I smile when (Saya senyum apabila)... – saya dengar tunang sy wat lawak selamba....

22. When I am happy (Apabila gembira, saya)... – senyum sorg2...

23. If only I don't have to (Jika saya tidak perlu)... – kengkwn yg suka buat hati sy sakit...gudbye....

24. The best thing I did yesterday was (Perkara terbaik yang saya lakukan semalam, ialah)... – takder aper kotttt............tunggu hari lain la yerk....

25. If I ever write a book, I will give it this title (Jika saya menulis sebuah buku, saya akan berikannya tajuk)... – ntah...x penah wat buku laaa...dan memang x der bakat pun....

26. One thing I must do before I die is (Satu perkata yang saya mesti buat sebelum kembali ke pangkuan Allah)... – Menambah amal ibadat yg terlalu sedikit ni...itu doa tiap kali pas solat....

27. Doing this meme, I feel (Menyempurnakan meme ini, membuatkan saya merasa seolah-olah)... – saya dah dikenali oleh kengkwn blog sumer...

* Taknak tag sesape dahhhh....hehehehe....

02 July 2007

Kisah Satu Hari Cari Barang....












sebelum tu nak mintak maap ngan iman mawaddah sbb x dpt nak jwb lagi tag dia ri tu...sbb atas permintaan sorg kwn kita, nak tahu jalan citer jalan2 cari bang smlm, hehehe...pasni ader masa kita jwb tag cik iman tu yerr...bukan ape, x nak hampakan permintaan bakal pengapit (muehehehe...) apepun yg aku tuliskan kat sini harap2 korg enjoy baca kisah hidup aku, kisah family aku, kisah tunang aku dan segala kisahlah yg aku paparkan kat blog aku nihhh...thanks kengkwn sumer...

sabtu balik umah sewa aku, mlm tgk tv, ingat nak basuh kain, langsung x jalan duk tgk majalah 3 kisah budak kembar siam yg dah besar, dah berkeluarga pun salah sorg tuuu...mlm tido awal...pagi ahad pi pasar tani beli kueytiaw goreng ngan kopok lekor goreng tapi keras ya amat...last2 akak housemate aku lak yg mkn, takperlaaa...dari membazir, teringin nak wat agar2 santan pandan tuuu, lame x buat, tgh2 perah santan fiance msg tanyer nak kuar kul bape? oooo...ingatkan lupa dah nak pi cari barang, huhuhuhu...selalu pk bukan2 kat dia...(jahat laaa...) aku kata terpulanglah, aku ikut jerk...nanti dah sampai kat ampang miscal jerrr, katanyer kul 11 dia sampai ampang, alamak...santan pun lum perah, camane nihhh....sempat ke x sempat, nak gak bagi fiance rasa agar2 aku tuuu...last2 dia sampai agar2 baru nak sejuk, lambat lagi nak keras...sebelum kuar sempat masuk peti ais, kot2 teringat balik nanti nak bagi dia....

pegi pertama dulu dia nak tukar henpon dia trade in 2 minggu lepas, dpt patern lain la pulak, dah dpt henpon dia nak beli kasut pulak, emmm...cerewet tu boleh tahan laaa, masih dlm tahap kesabaran aku lagi, muehehehe...lepas kat situ gi klcc, masuk isetan jer laaa, dptlah wallet / tali pinggang, kemeja, seluar dia, pastu turn nak cari barang2 aku lak, haram ngan berkenan...langsung x beli kat situ...uwaaaaaaa, barang dia sumer dpt kat klcc, kitanyerrrr, takat sogo jerkkk, menci arrrrr....kenalah balik semula ke sogo...dahla perut lapar masa tuuuu, dah dekat kul 3 x mkn ape pun, mahu x kebulur, sib baik bwk bekal buah anggur, dua2 org sakan nyuap buah anggur dlm keter, huhuhuhu...last2 singgah kat kg baru solat kat masjid, pastu gi mkn nasi...dah kyg pi sogo pulak...round punyer round, korg tahu....aku lak yg jadi cerewet, muehehehe, tgk kasut tu x berkenan, tgk handbag tu x berkenan....yg berkenan sumer mahal2 lak tuuuu....fiance ckp, takperla mahal skit bukan selalu pun, pasni tah bila lak nak beli barang2 yg branded mcm ni....huhuhuhu...sebak lak rasa masa tuuuu....

last2 dptlah kasut ngan handbag, x nak sgt nyusahkan dia beli barang2 memahal camtu...tapi takut gak dia jauh hati kalo x ikut kata dia...dah dpt tu sumer pi cari towel and last sekali nak cari perfume...ha, part ni memang menyulitkan aku, dah lah sumernya mahal2, harga sumer 2 ratus ke atas...yg seratus lebih pun ader, tapi x byk choice...sampai memantak kepala aku ni duk bau memcm perfume, rasa nak terduduk dah kat sogo tuuu....alhamdulillah, fiance aku x lah jenis ikut kata dia jerrr takat ni...mane yg aku suka tu dia ikut jer laaa...dia pun bukan jenis suka perfume sgt pun...sampaikan maknyah salesgirl tu kata kat dia, pilihlah perfume utk abg pulak....fiance aku ckp ape kat dia...belum pakai perfume pun org kata bau original ni pun dah mcm bau perfume...muehehehe...pasan, pasan.....last2 maknyah tu kasi dia free perfume yg 5 ml kat dia...kemain lagi mesranye dia duk layan maknyah2 tu, siap ngadap org tu bungkus perfume tu lagi....

pas dpt sumer barang, antar barang kat keter, naik kat pertama pi solat asar kat situ...balik terus ke umah aku, nak balik umah adik takut lambat, jalan jem teruk pulak kat depan umah aku tuuu....sebelum naik umah mkn kat gerai depan tu jap, kul 7 fiance dah gerak balik umah, jenuh aku ngangkut barang naik atas umah, sib baik leh bawak sekali harung jerr...sian gak kat dia nak suruh panjat tangga umah aku tuuu....apepun TIMA KASIH KAT ABG SBB LAYAN AYG SMLM...INSYAALLAH AYG AKAN SYG ABG SAMPAI BILA2 DAN MUDAH-MUDAHAN HUBUNGAN KITA KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT KITA, INSYAALLAH.....