Bayangkan dalam satu situasi. Seorang perempuan berpakaian cukup seksi. Dengan dada yang terdedah, dengan kain yang singkat lagi ketat hingga membonjolkan apa yang sepatutnya tersimpan. Kemudian si perempuan ini berjalan di hadapan seorang lelaki. Dek kerana daya tarikan yang cukup hebat, lelaki itu menatap dada putih, gebu yang terdedah itu dengan pandangan yang cukup ‘menakutkan’ si perempuan.
Mungkin ada perempuan yang suka ditenung sebegitu. Tetapi, pada umumnya,
reaksi yang batal diterima adalah kerlingan marah daripada sang perempuan.“Gatal!”, sekurang-kurangnya itu yang akan tersembul dari bibir perempuan itu. Lebih malang lagi, jika ni berlaku dalam sebuah syarikat, kemungkinan lelaki itu boleh didakwa sebagai melakukan ganguan seksual terhadap wanita tersebut.
Peraturan gangguan seksual di tempat kerja rasanya sudah lama digesa oleh
pihak kerajaan untuk dilaksanakan. Sebagai muslim, sesungguhnya saya amat bersetuju dengan peraturan ini. Bukankah Islam diutuskan salah satunya sebagai penyelamat kaum wanita? Dengan adanya peraturan yang sebegini, diharapkan sekurang-kurangnya dapatlah membentung nafsu jahat ketua-ketua lelaki yang suka mengambil kesempatan.
Tetapi adakalanya saya berasakan peraturan ini sebagai berat sebelah. Rasanya peraturan ini terlalu membela wanita dan benar-benar menekan lelaki. Contohnya, seorang perempuan yang sengaja mahu menggoda seorang lelaki, dengan sengaja membuka butang bajunya ketika di bilik lelaki tersebut. Tetapi sekiranya ada pihak yang menyerbu, dengan sedikit air mata daripada perempuan itu, tentu sahaja si lelaki akan dituduh sebagai cubaan mencabul.
Tetapi bukan ketidak adilan sebegitu yang ingin saya bicarakan di sini.
Cuma saya selalu terfikir. Adalah salah bagi seorang lelaki untuk merenung seorang perempuan dengan renungan yang bernafsu. Begitu juga, salah bagi seorang lelaki untuk memegang atau menyentuh, secara sengaja, mana-mana bahagian pada tubuh wanita yang dirasakan sensitif atau boleh memalukan wanita tersebut.
Betul, perbuatan-perbuatan yang saya sebutkan di atas memang boleh
dikatakan melampau. Tetapi, pernah si penggubal peraturan ini terfikir tentang perasaan kaum lelaki pula? Sememangnya Allah menciptakan lelaki itu akan teransang dengan perempuan. Sedangkan melihat perempuan berbaju kurung dari kain lembut yang ditiup angin pun adakalanya boleh merangsang lelaki, apatah lagi yang terang dan nyata terdedahnya.
Berapa ramaikah lelaki di dunia ini mampu menahan matanya melihat paha atau
dada yang putih, gebu dan montok tertayang di hadapan mata? Saya boleh menjangkakan, ada yang akan berkata “takkanlah lemah sangat iman hingga tidak dapat menghindar dari memandang yang sebegitu”. Benar. Tetapi, berapa tebalkah tembok iman yang diperlukan. Saya percaya Tembok Besar China juga akan roboh jika acap kali diasak.
Maka sebenarnya, lelaki juga sepatutnya dibenarkan untuk membuat dakwaan
gangguan seksual oleh wanita. Percaya atau tidak, perempuan yang berpakaian seksi sebenarnya sedang melakukan gangguan seksual kepada lelaki. Dan gangguan-gangguan perempuan ini sebenarnya sama sahaja jahatnya dengan lelaki yang melakukan gangguan seksual menggunakan anggota fizikal mereka. Terus terang, saya sendiri cukup terganggu dengan perempuan-perempuan yang sebegini. Seperti contohnya baru-baru ini. Saya mengadakan perbincangan dengan jurutera dan ketua-ketua saya. Si jurutera perempuan ini duduk bertentangan dengan saya. Ketika itu kesemua kelihatan baik sahaja kerana pakaian jurutera itu, walaupun tidak menutup aurah, masih kelihatan tidak menjolok mata.
Namun seketika kemudian dia berpaling membelakangkan saya seraya membongkok, merapatkan dadanya ke meja. Ketika itu tersinsinglah jaket dan bajunya menampakkan kulit bahagian belakang tubuhnya. Saya jadi serba salah. Terpaksalah saya menunduk untuk mengelakkan fitnah. Kata orang, pandangan pertama rezeki. Pandangan yang berikutnya pula adalah bencana. Sudah tentu saya tidak mahukan bencana itu. Tetapi terlalu lama pula dia berkeadaan begitu, Akhirnya saya menyorong
kerusi dan duduk di hadapannya. Suasana tenang buat seketika. Tidak berapa lama kemudian si jurutera tadi berdiri pula. AllahuAkbar… Rupanya seluar yang dipakainya sangar ketat. Ditambah pula keadaan fizikalnya yang montok, sememangnya menyakitkan iman. Saya dapat lihat beberapa teman tersenyum-senyum melihat keadaan ini dengan anak mata saya. Ketika itu saya terfikir. Kalaulah semua perempuan yang seksi didenda
alangkah baiknya. Sekurang-kurangnya dapat juga menjaga orang-orang yang lemah imannya seperti saya. Tetapi, jika saya tidak silap, sudah ada peruntukan untuk hukuman sebegitu bagi kebanyakan negeri. Iaitu berpakaian atau berkelakuan tidak sopan atau tidak senonoh di hadapan khalayak merupakan satu kesalahan dan boleh didenda.
Tetapi definisi tidak sopan atau tidak senonoh terlalu subjektif. Sukar
untuk ditentukan. Mungkin jika orang perempuan yang berjalan dengan hanya memakai coli dan seluar dalam di tengah bandar akan dihukum sebagai berkelakuan atau berpakaian tidak senonoh. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang berpakaian tetapi telanjang? Kelihatan seperti berbaju tetapi sebenarnya tidak begitu? Contohnya berbaju tanpa lengan. Sesetengah orang menyifatkan ianya sebagai seksi tetapi ada juga (ramai sebenarnya) menganggap itu sesuatu yang biasa. Begitu juga dengan yang berpakaian ketat. Bajunya memang berlengan panjang dan menutup dada sehingga ke leher tetapi telalu ketat hinggakan bagai hendak meletup benda yang (sepatutnya) tersembunyi di dalamnya. Itukan seksi juga namanya? Itukan berpakaian tidak senonoh juga?
Sebenarnya, jika hendak menjaga tatasusila sebagai orang timur amnya, dan
sebagai muslim khasnya, penggubal undang-undang wajib berlaku adil. Jangan hanya lelaki yang didenda sedang perempuan yang adakalanya lebih bertindak sebagai punca dibiarkan bermaharajalela. Kedua-duanya sama. Jika lelaki mencabul atau merogol itu satu kesalahan, perempuan yang berpakaian seperti meminta untuk dirogol juga sepatutnya dianggap membuat kesalahan. Allah telah mendatangkan panduan dengan terang dan nyata. Hanya perlu kita mengikut arahanNya untuk kehidupan yang lebih sempurna. Tidak perlu didefinisikan seksi itu apa dan bagaimana. Ikut saja suruhan Allah. Sesiapa yang tidak menutup aurah dengan sempurna, baik lelaki mahupun perempuan, mesti didenda. Semoga dengan ini, insyaAllah masyarakat akan lebih terpelihara. Dan lebih utama, Allah juga akan menjadi lebih cinta kepada kita…..
7 comments:
oh yeahhhh!!!I'm d firsttt!!!!
demand ADIAH dr Riz:D
ohhh..kal.sya, smemangnya stuju sangat kal.pompuan2 tersebut d denda.Nasib baik citarasa berpakaian ku tidak bgituuuuu:D
eh jangan denda!
nanti sisters in islam menjerit.
kata mereka "cara berpakaian adalah hak individu"
sharizat juga akan melenting.
kata dia "jangan diskriminasikan wanita kerana cara mereka berpakaian"
herm... kalau nak denda jugak... kita denda dulu sisters in islam dan sharizat. ha ha ha
eheemm... well, NO COMMENT bak kata siti. :)
wah bagusnya lelaki tu..
kdg2 saya sendiri malu tgk org yg terlampau seksi.. haih ada tu body kalau cun 'takpe'.. isk!!!
sendiri mau ingat kannn.....
kyrie 6
bape hoodie
a bathing ape
kobe shoes
yeezy
yeezy boost
calvin klein underwear
yeezy boost 350 v2
curry 6
nike max
supreme
alexander mcqueen
adidas yeezy
hermes outlet online
off white
off white jordan 1
fear of god clothing
jordan shoes
yeezy wave runner 700
bapesta
Post a Comment