09 May 2007

Citer Pertunangan Sorg Member...















Thanks utk kengkwn sumer yg sudi komen bab hantaran kat entry aku sebelum ni, ape yg korang katakan tu aku hargai sgt dan sgt…insyallah, dari masa ke semasa aku gtahu korg perkembangan persiapan utk majlis kawin aku tu yerk…ekceli aku x suka nak rahsia2 sgt dan x perlu terlalu nak menghebahkan…cukuplah sederhana saje dlm segala hal…kengkonon jerr…apepun ni bukan nak citer hal diri sendiri, sesekali nak gak aku citer hal org lain pulak yerk……ni bukan kes nak mengumpat ker aper tau…just nak mintak pandangan, nak mintak pendapat dan idea2 dari korg2 sumer…

Ekceli aku ader sorg kwn, kwn chatting lah aku leh katakan, dan memang aku xpernah bersua muka dengan member aku ni…cukuplah kalau aku gelarkan diri kwn aku ni A jer key…A ni umur muda skit dari aku, single tapi baru jer bertunang awal tahun ni dengan sorg pemuda nihhh…memang syg teramat lah A ngan tunang dia nihh (eh2, kalau dah bertunang x kan ler tak sayang kat tunang kita sendiri ekk…hishhh ader lak aku bagi fakta mcm tu…hehehehe) key, sambung citer…A duk kat selatan tanahair, manakala tunang duk kat area kl ni…so, jumpa tu memang jarang2 la, tu pun kalau dah terlampau rindu si A ni gagah2 kan jugak duk dtg kl pi jumpa tunang dia, tapi kebanyakkannya tunang dia yg turun johor nak pi jumpa A nihh, memang leh kata tiap2 minggu la sebelum diorg ni tunang mesti duk jumpa…tapi selama diorg kwn memang mcm2 masalah yg diorg ni rasa, kira dugaan tu besar lah kot…termasuklah kisah mak tunang A ni kurang nak merestui hubungan diorg berdua nih, tapi alhamdulillah la sbb majlis tunang diorg berjalan lancar jugak walaupun mak tunang dia x hadir masa tuhhh, cuma bapak ngan adik beradik tunang dia jerr yg hadir…tapi bapak tunang dia ni ok pulak, memang x membantah sgt pilihan anak2…A pernah lah citer kat aku yg tunang dia ni mcm serba salah dengan mak dia, yerlaa…sape2 pun kalau dah mak kata gitu gini takkan nak bantah pulak kan, tapi kalau dah melibatkan perasaan cinta ni, mane leh tahan gak kan…ati dah suka, org lain peduli ape…tak silap aku adik beradik tunang A ni kesemuanya pempuan melainkan tunang dia ni jer lelaki, maybe mak dia memang susah nak lepaskan anak lelaki bujang kat tgn org lain kot…

Kdg2 aku kesian sesgt kat A ni. kdg2 duk tgh chatting ngan aku, dia diam dlm stgh jam, rupanya dia bantai menangis kat opis dia, huhhhu, haru tul…bukan ape, memang dia ikhlas dgn tunang dia ni, selalu aku dengar dia cuba amik ati bakal MIL dia nih…tapi org tua tu mcm x leh nak paham jiwa org2 muda…ntah la ekk, jenis nak mintak anak ikut kepala dia jer kot…tu satu hal laa, satu hal lagi sejak bertunang ni selalu sgt A ngadu ngan aku hal tunang dia tak amik kisah pasal diri dia, senang citer tunang dia langsung x caring kat dia nak banding sebelum diorg tunang, seolah-olah mcm dah berubah perangai dah x mcm sebelum tunang dulu…pernah jugak aku nasihat dia, kebanyakkan lelaki ni, dia x suka dan x pandai nak tunjuk syg diorg pada kita (sesetengah lelaki la maksud aku ni, bukan semua yg mcm tu) sbb kdg2 sesetgh lelaki lagi suka pendam syg diorg tu sebelum kawin, bila dah kawin nanti kengkonon takut dah jemu bila syg tu dah abih ditabur masa sebelum kawin…heheheh…smlm A citer kat aku lagi yg tunang dia seolah2 mcm langsung x sungguh2 nak amik tahu hal2 sangkut paut majlis kawin diorg bulan 8 nanti…korg bayangkan lah skrg ni A ni jer yg sungguh2 duk buat itu ini…kata dia nak pergi servey barang2 kat kl ni minggu ni, dah la tunang dia ngadu kat dia skrg ni dia dah overbudget pulak nak beli barang2 tu sumer…sbbnya ikutkan kemahuan mak dia yg nak gunakan duit tu untuk perbelanjaan ape, aku x pasti…susah kan kalau dlm keadaan mcm ni? sampaikan pernah A tanyer tunang dia betul2 ke nak kawin ngan dia ni? dah la jadi gaduh pulak…sampaikan tunang dia tinggi suara pulak kat dia…kalau aku pun aku nangis kalau tunang aku tengking2 aku camtu…padahal sebelum ni dia lah yg duk ajak si A ni tunang cecepat, kawin cecepat, dah sampai masanya dia lak duk wat mcm2 alasan….dulu masa awal2 percintaan diorang..apapun badai yang melanda tunang A tu sanggup datang pada A...walaupun naik bas..atau drive berjam2 dari utara or dari kl dia tetap datang carik A ni walau camne susah sekalipun...pendekata dulu A ni penah frust ngan org len yang hubungan A ngan ex A tue lebih kurang 9 tahun..A cam seriik ...tapi hati A terbuka nak terima tunang dia nie bila tgk kesungguhan dia..tapi skrang..memang payah..tak tau la nape tiba2 dia jadik cam skrang....cam tu la lebih kurang….

Pernah satu ketika tu A ni mcm dah naik fed up kat tunang dia, ngadu ngan aku yg dia mcm dah silap org pulak, dia takut ape2 hal jadi pulak pas dia kawin nanti, yerlaa…aku pun paham mcamane perasaan dia, aku cuba gak tenangkan diri dia supaya yakin ngan tunang dia, kalau dia x sungguh2 x kan dia ajak A ni tunang kan…pastu aku kata kat dia, maybe tunang dia serba salah antara kehendak dia ngan kehendak mak dia sendiri, apepun x salah kita bagi support pada diri dia utk bantu mak dia selagi dia lum ader ape2 ikatan ngan A nih…ntah la kan…skrg ni A cuba gak wat persiapan kawin dia mcm biasa, cuba2 gak lupakan hal tunang dia nihhh…korg bayangkanlah tarikh kawin dah ader dah pun, bulan 8 memang x lame dah pun, tapi tunang dia langsung x amik kisah…dah berkali A suruh tunang dia gi kursus kawin, sampai skrg dia wat x reti jerrr…hishh, nampak sgt org lelaki ni x amik berat hal2 ni seme kan…

Apepun bagi aku alam pertunangan ni bukan sumer org mampu nak menghadapinya, bukanlah kata alam pertunangan ni alam yg menakutkan, memeritkan, tapi bagi aku dugaan tetap akan dtg tanpa kita mintak, maybe masa kita bercinta kita akan rasa maybe bila kita dah tunang, hubungan kita ngan tunang still mcm kita bercinta, semuanya indah2, sebenarnya tak…mesti ader perkara2 yg boleh menggugat keimanan kita, menguji kesabaran kita, cumanya tiap org tu berbeza masalahnya…betullah org kata, kalau kalau kita x betul2 sabar, x betul2 kuat iman, boleh buat hubungan tu retak…maybe ikatan tu dah ke arah kebaikan, yerlaa, kawin kan…benda elok, benda suci, mesti iblis2 suka goda org2 tgh tunang ni, nak bagi cancel terus…apepun aku harap pada kwn aku A ni, kalau dia baca entry blog aku ni, harap dia bersabar laa byk2…walaupun aku tau kalau aku duk tempat dia maybe aku lagi teruk dari dia…silap2 x leh gi keje sebulan kot….

Try la korg paham A ni camane yerk…pehtu kalau boleh bagi pendapat, korg bagilah pendapat korg tuuhhh…mungkin leh bantu tenangkan kwn aku si A ni…

18 comments:

Kaklong said...

salam,

sian kat A.

ujian pertama - mak tunang tak berapa berkenan

ujian kedua - sikap acuh tak acuh tunang ngan persiapan bertunang

ujian ketiga - tunang start tinggikan suara dah

- ini antara ujian awal utk bina hidup berdua. lain pasangan lain ujiannya.

utk A, banyak munajat ngan Allah, minta mudah hubungan A ngan keluarga tunang sampai bila2 terutama bakal mak mertua.dan mohon lagi minta segala urusan perkahwinannya dipermudahkan Allah.

nmpaknya A kena usaha lebih utk tambat hati mak mertua nanti.

Kalau si A ni berani, suruh dia berdoa hari2 supaya Allah berikan petunjuk jika benarlah tunangnya tu jodoh yg sesuai utk dia dunia akhirat. kalau mmg jodoh, minta Allah mudahkan segala urusan perkahwinan. tp kalau bukan jodoh, minta ALlah tunjukkan juga dan moga perpisahan itu dlm suasana damai dan tiada dendam.dan A sendiri mohon supaya dia dan tunangnya rasa redha ngan perpisahan ini.

Bukannya apa, kita manusia, tak tau apa yg akan berlaku, makanya mohon ngan Allah krn DIa Maha MEngetahui semua perkara termasuk perkara akan datang termasuk bab jodoh ni dan keserasian pasangan ngan kita.

Dan kalau dah jodoh tu ada, taufan camner pun datang, insyaAllah akan kawin juga.

Akak doakan mudah segala urusan perkahwinan mrk.dan A diterima baik oleh bakal mil nanti.

Ina said...

Hmm even dh kawin tp tak reti sgt nk bg pendapat maklumla umur baru setahun jagung. Tapi mmg lah kan belum kawin ke dh kawin ke ada je dugaan dan cabarannya. Kiter setuju dgn KakLong nyer pendapat. Eloklah A tu doa n solat istikharah selalu supaya Allah bg petunjuk. Skrg ni bertunang lagi. Nnt kalau dh kawin tp perkara sama berlaku lagi susah jadinyer. Kawin nk hidup bersama kalau boleh sampai bila2. Tapi tahan ke kalau asyik nak berendam air mata kan. Sbnrnya if setakat MIL dia tak restu tu, ok lg. Tapi if tunang sndiri mcm dh berubah, mmg susah la jugak. Harap2 akak A tu byk berdoa, diberikan petunjuk n bahagia gak akhirnya, InsyaAllah.

tintaHati said...

tinta sokong apa yang kaklong kata. tinta nak komen lebih2 pun rasa tak setara mana ilmu ni.

Apa pun doa itu senjata org mukmin. Kena berdoa dan usaha selalu.Mohon petunjuk dari Tuhan. Sesungguhnya allah lebih mengetahui akan tiap2 perkara.

Buatla istikharah. Cakap org memang senang kan? tapi sendiri menanggung juga yg rasa..apa pon sy doakan mg A diberi petunjuk oleh Ilahi.

iEn said...

erm.. amik cincin power rangers arr senang.. leh tukor jadik hero.. kekeekek!

Cik Kema said...

sy kalau bab lelaki 'patah' ni mmg sy bengang. kalau sayang, buat la betul2. beria2 nak tunang, pastu diabaikannya pulak. mcm kwn saya lagi kesian, tunang dia tinggalkan dia sebab mak dia tak suka kwn sy ni. alasannya gemuk. tak padan dengan anak dia. mcm anak dia bangus sgt. nak pulak masa tu makwe lama dia dtg ngorat dia balik. hampeh betul jantan tu.

mcm ni la kak, suruh la A tu istikharah banyak2. solat hajat jgn lupa. minta supaya ditetapkan hati lelaki tu. insyaAllah, kalau ada jodoh... segalanya akan berjalan lancar.

saya doakan segala yang terbaik utk A :)

izawani said...

Hehehe... camna tu ? Kawan ok, tunang tak ok... sebab tu la, betunang tu bior la sehari, lepas tu kawin terus, kan ker senang ? Akak dulu pun baper kali tah nak putus tak putus, last last kawin gak biarpun dah kawin tak abis abis dugaan... so, cakap kat dia, redah jer... dan tunggu saja apa yang Tuhan nak uji... sabar dan redha... kalau kita putus asa dan putus now, lom tentu dapat yang ok the next time... so, fikirkan... hidup ni camni ni la... jangan impikan yang indah indah saja...
(p/s: Akak dulu usahkan kata nak take care, nak jumpa selalu pun dia tak mau... isk lelaki ni macam macam ragam la, tak faham !)

happyirfa said...

siannya..
ada member saya tp dah kahwin sekarang.dulu dia ngan suami bercinta hampir 7 tahun.mak bapak ok hinggalah mrk bertunang mak lelaki buat hal..mcm2 hal dia buat supaya mrk putus tp dah jodoh kahwin jugak..setahun lepas pompuan tu sakit..rupa2nya mak lelaki tu 'bomoh'kan..mcm tak percaya..ada jugak org sanggup buat camtu..kalau x suka cakaplah tak suka ..kan senang.
irfa syukurlah x de pengalaman mcm tu sbb bertunang sebulan jer..mcm tak rasa pun alam pertunangan..semoga Allah tunjukkan jalan yg terbaik buat mereka.kalau dah jodoh x kemana

Iman Mawaddah said...

Suruh dia solat istikharah..minta petunjuk Allah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Jika dia lelaki yang diciptakan untuk A, teruskan. Jika bukan putuskan.

s * h * i * m * a * h * z said...

Dugaan dr Allah itu hadir bersebab sbnrya, mgkin kita ada bt silap satu ketika dulu dan skrg Allah hukum kita, takpun saje Allah nak bg ujian spy manusia lebih dekat denganNya. Kita pun tau kan, manusia bl dah sng sket mula la lupa Allah, lalai dan lara jd mainan hidup.
Suruhla dia bersabar, lagipun kita biasa dgr ms btunang mmg byk dugaan. Ramai kwn2 shima facing prob mcm ni. Sampai satu tahap, kami..kawan2 yg mdengar masalah dia hari2 rs nak pi tumbuk muka tunang dia tu.
Tp pas kawen, bahagia bagai nak rak. Lgpun org pmpuan ske ikut perasaan (mcm shma la..haha)
Apapun suh dia sabarla.. mcm kata iman mawaddah..solat istikharah..petunjuk Allah tu lebih tepat.
Kalo tanya kat kita2 ni.. mmg mcm2 persepsi. Takut kawan akak pening lak nnt

IndahSakura said...

aduh...banyak sungguh dugaan..

minta dia banyakkan doa..agar ditetapkan hati tunangnya itu dan pertalian suci akan kekal selamanya

akirasuri said...

emmm.
saya berfikir ke arah lain. biasalah orang songsang :))

emmm. terasa semacam tunang A tu disihir pula. oh! kan saya dah kata saya ni songsang. emmm dikhuatiri. sebab mak dia tak berapa suka dengan A, maka disihir anaknya untuk membenci. oh! itu cuma andaian.

banyak doa pada Tuhan. dan buat solat Istikharah dan solat hajat. dan. minta bantuan orang tua A untuk minta bantuan orang-orang alim dan ahli dalam hal sihir menyihir [sekadar ikhtiar]. mana tahu. mungkinkan.

wallahualam.

Anul said...

hMMmm..mau tak mau...kena sedia hadapi kenyataan kemungkinan bila dah kawin hangatnya cinta tu akan suam. pastu pandai2 la nk kasi hangat je.

kalu dulu sanggup anta jauh2..besa la tu dh kawin husband mintk tlg berdikari..

sbb tu aku dr kapel pn kalu rasa nk kutuk awek..aku kutuk je (kutuk=tegur secara kelaka). so dia tau prgai aku mmg sama je..=]

13may said...

adeh...mcm mcm...
bagitau A...kesian la kat diri dia dulu sebelum kesian kat org lain...

Ini masa depan dia...pikir masak2 sebelum buat apa apa keputusan...

btw, aku doakan segala yang terbaik utk A :)

NBB said...

if only A get the ring that rules em all... (mcm dalam LOTR tu)

minnie said...

Kak RM,
Kesian dengar cerita A, berat mata saya memandang.. berat lagi bahu A yang memikul (cewah!)

Semoga A tabah dengan dugaannya. Bukan senang nak jaga semua hati, sedangkan hati sendiri terabai.. Itu yang makin buat hati A bertambah perit kan? Semuanya terpulang pada A, kalau dia rasa dia mampu teruskan... tabah dan redhalah... kalau dia rasa dia tak mampu, elok mengalah dari sekarang sebelum terlambat. Semua yang akan berlaku dihadapan, A yang akan menanggungnya..Kalau benar kasih sayang dan pengorbanan tu ikhlas, sepatutnya kita tak akan mengeluh.. Kalau satu hari nanti kita dipersiakan, ingatlah.. Kita tak pernah rugi apa-apa, yang rugi, orang yang mempersiakan kita.. Sebab dia tak tau menghargai.. Dan satu masa orang yang tak tau menghargai ni akan kehilangan semuanya... Dan masa tu dia akan sedar betapa ruginya dia... Betul tak kak RM ku sayang??

ILA said...

A = tu sape ahhhh????
oooohhhhh..abislahhhh...lambang ada org tak baca entry .cuma baca komen org lain jerkkkk....

green apple said...

i am so into ladies yang ada kuku panjang2 macam tu, i punya kecik-kecik, sangat tak sexy dan menggiurkan!!

Leeds Al-Malique said...

kita boleh memilih utk bahagia atau sebaliknya :)