12 April 2007

Kalau Hati Dibalut Dusta...















Bukan mudah seorang wanita mahu mengeluarkan semua belanja kawin kemudian menyara kehidupan suami. Suami pula ada masalah kesihatan, duda 2 kali, sudah ada cucu, masalah kewangannya pula sangat kritikal. Dalam pertemuan yang singkat itu sempatlah lelaki bercerita pada saya bagaimana semuanya itu bermula. Katanya, “satu hari saya pergi ke satu tempat, kwn-kwn kenalkan saya pada sekumpulan wanita yang ada, saya x ada apa2 perasaan pun walaupun sebenarnya hati sedang bergejolak hendak mencari isteri baru. Dlm hati, takkanlah wanita-wanita yg comel-comel ni nakkan sy. Tapi beberapa hari kemudian saya mula menerima sms dari salah seorang daripadanya”

“Sy x jwb pun dr. enam bulan lamanya sy x jwb. Dlm hati sy, takkanlah dia minat kat sy ni. Walaupun sy memang berharap sgt dpt pengganti, sy x fikir pun ada yg sudi. Mcm Dr. katalah, dgn keadaan kewangan yg x stabil, dgn status duda, dgn kesihatan mcm ni, siapa yg mahu. Dlm tempoh 6 bulan itu, byk sgt sms yg dihantar dan satu pun sy x balas. Hinggalah satu hari sy mendapat sms yang mengetuk pintu hati sy, sms tu berbunyi : suruh org sms tapi x mahu jwb. Itulah yang mengetuk hati sy. Bermula dari situ sy pun balas dan terus berbalas-balas sms hinggalah kami berjanji utk bertemu. Sy masih x yakin dgn pertemuan itu, sbb sy sentiasa sedar status diri sy. Tapi rupa-rupanya dipendekkan cerita, dia menyatakan hasrat hatinya untuk bersuamikan sy. Saya terus terang pada dia yg sy x ada apa-apa pun kecuali hanya ada motor buruk jer, hutang pun byk. Dah bercucu pulak tu. Sy x sembunyi satu perkara pun dari dia”.

“Rupa-rupanya itulah yg menjentik hatinya nakkan sy. Kata dia, selama ini dia x percaya ada lelaki yg jujur. Semua lelaki hipokrit, berpura-pura dan berlagak. Tapi dengan cerita sy yg berterus terang tanpa sembunyi satu perkara pun, buat dia anggap sy lelaki yg ikhlas” dan kerana itu, dia sanggup bernikah dgn sy dan sanggup menanggung kos serta hidup sepenuhnya di alam perkahwinan nanti. Sambil ketawa terkekeh kekeh lelaki itu asyik menggeleng gelengkan kepala. “Sy mcm x percaya. Mcm mimpi rasanya, dlm keadaan sy yg mcm ni ada jugak org yg sudi bersuamikan sy. Dahla bukan calang2 org pulak yg sudi tu”. Sy mendengar sejak tadi hanya terpegun, dgn sekali sekala mengucapkan syabas dan tahniah. Rupanya kejujuran dan keikhlasan lebih diperlukan apabila kehidupan silam penuh dgn kepalsuan. Kata dia lagi “sy akan jemput dr. nanti, dr. tolonglah share citer ni kat mana-mana. Memang pelik dr, memang ajaib bagi sy, sy x pernah mimpi dpt tuah. Tp agaknya sbb sy berkwn dgn dr. tuah sy pun dpt aura yg sama” ujarnya lagi, happy sgt2.

Sewaktu memandu pulang sy merumuskan begini “kehidupan adalah sekolah sebenar, pengalaman yg dilalui byk mengajar kita erti keikhlasan. Ia modal terpenting dalam melayari bahtera hidup. Hiduplah serancak mana pun kalau hati dibalut dusta, ia tidak lebih dari racun yg membunuh perlahan-lahan”.

apepun itulah kehidupan namanya, ape yg memang kita x sangka2 akan terjadi dlm hidup seseorang itu, tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia sape yg tahu, kalo korang la duk ader kat tempat pompuan tu, ape korang lakukan yerk? Boleh terima ker lelaki yg kategori mcm tuhhh? Opss…lupa nak gtahu, ni hasil copy paste dari majalah mingguan wanita (ruangan bersama dr. hm tuah, ruangan peberat aku sebenornya) komen tau, penat aku menaip ni tadi, kalo dari e-mail leh la aku copy paste jer…ni kena lentik2kan jari jemari aku dulu baru la terhasil entry aku nihhhh…hehehehe…

36 comments:

akirasuri said...

Salam.

oh ohh! untung lelaki tu. tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu [ALlah saja tahu].

Salam.

happyirfa said...

setuju sgt dgn komen akirasuri.
bertuah lelaki tu dapat bini yg sanggup tanggung segalanya sbb terpegun dgn keihklasan lelaki tu.tp kalau dr segi lain,mgkin pompuan tu byk duit kot.boleh hidup ker kalau takde duit nak makan.ihklas boleh makan ker?

Cik Kema said...

org perempuan ni sebenornya baik, lembut hati... hehe.

Iman Mawaddah said...

Ni dah kuar gambar orang kawen ni..sure dekat nak kawen dah ni ek hehe

IndahSakura said...

mgkin sama2 untung kot..sebab si lelaki dapat beristerikan wanita berduit dan si wanita itu pula dapat lelaki yg baik & ikhlas..
eh betul ke? :)

kakLuna said...

saya tak kisah,sbb keikhlasan dan kesetiaan itu lebih mahal harganya dari menanggung beban kewangan.

mmg org kata tak buleh hidup hanya dgn cinta.

ye betul..tapi bg yg merasai keperitan ketidakjujuran pasti tidak menginginkan kemewahan material kerana sudah tiada ertinya lagi.

yun said...

sy xdpt membayangkan jika diri sy ialah lelaki itu (alangkah bertuahnye)
sy juga xdpt membayangkan jika diri sy adalah wanita tersebut
(mulianye hati)
tp sy xnk jd mereka.sy mau jd diri sy sendiri :-)

bang_gugar : said...

salam,
eh.. semuanya pengomen 'puan'.. sya sorang je 'tuan'.. segannya.. kluar dlu la...

(",)

RaFFLeSiA MeRaH said...

AKIRASURI : tuah ayam hanya ayam jer yg nampak, muehehehe...

HAPPYIRFA : yup...duit boleh beli segalanya?? oooo...tidak sesekali...

CIK KEMA : memang lembut sgt...senang cayorrrr...

IMAN MAWADDAH : hehehehe...lambat gi...sekadar simpan gambar2 org tawin kat pc, dah takder gambor lain dah nak letak...

INDAHSAKURA : haáh...same2 untung, mudah mudahan jodoh mereka kekal hingga akhir hayat...

LUNA : keikhlasan dan kejujuran yg sukar sgt nak dicari berbanding mencari wang ringgit...

YUN : jgn bayangkanlah yun...

RaFFLeSiA MeRaH said...

BANG_GUGAR : alahai bang gugar ni, ngan org pompuan pun nak segan...

PayaKubor said...

Perempuan memang suka lelaki yang ikhlas, tp kalau tak berduit mcm mane nak tanggung kehidupan. Emm..mungkin sebab perempuan tu berduit. Jadi dia tiada masalah kalau lelaki tu banyak hutang sekali pun

RaFFLeSiA MeRaH said...

PAYAKUBOR : hehehehe...memang betul pun, pompuan kaya, x der masalah, seme benda ader...suami jer yg takder...

NBK466 said...

I pun JUJUR what...kalau tidak masakan buleh layak jadi SUAMI CONTOH SENAWANG 2 tahun berturut2..he..he.he.. Anyhow semoga mereka2 itew berbahagia didunia & akhirat hendaknya..

Hanisumayyah said...

ohhh...saya dapat rasakan apa yang wanita itu rasakan..ada sedikit persamaan dan ada juga sedikit perbezaan dengan liku2 hidup saya...cuma saya nak katakan, lelaki itu memang cukup bertuah!

pB said...

syukur..

itulah ganjaran yang terbaik untuk orang orang yang jujur..

RaFFLeSiA MeRaH said...

NBK466 : ye ker...tahniah la yerkk...sib baik jer kisah tu x dipaparkan kat majalah yerk...

HANISUMMAYAH : betul ke kak, manusia ni kdg2 tang tu same, tang ni beza...apepun pertama sekali kebahagiaan yg kita impi2kan dan bukannya wang ringgit yg diharapkan dlm hidup kita nihhh...

PB : betul tu kak PB, syukur pada tuhan atas ditemukan dgn jodoh yg jujur sebegitu rupa...

ILA said...

sukar utk saya luahkan....
(ceh ..tahap sentimental nieee)

RaFFLeSiA MeRaH said...

ILA : hehehe...sampai dah terluah dah yerk...parah tuuu....

iEn said...

walaupun tidak dihargai, sekurang2nya anggaplah seseorang itu wujud di dalam hatinya.. grr grrr.. bukan senang nak hidup.. have to penetrate it more careful huhu.

minnie said...

rezeki.. tuhan aje tau apa yg terbaik... bukan semua dapat macam tu...

RaFFLeSiA MeRaH said...

IEN : ni nak marah ape lak niii?? hehehehe...bila org dah menghargai kita, kita pun kena menghargai diri org lain...

MINNIE : yup...hanya dia yg maha tahu segalanya...

Masy said...

ade ke sape2 yg sudi dgn sy??sy ade utang PTPTN, utang kete dgn utang umah je ahahahahaha

dah abis jujur da ni wakakakkaka

RaFFLeSiA MeRaH said...

MASY : takper, utang tu walaupun utang, tapi barangnyer dah selambak depan mata...hehehehe...kalo x wat utang tu, x berete la kita sampai ke sudah...hehehehe...

achik said...

dah jodoh... (jawapan standard) ;)

RaFFLeSiA MeRaH said...

ACHIK : gud girl...pandai pun bagi komen...

shuhada said...

in life, u juz have to expect da unexpected:)

Sunan_Jati said...

direnjis renjis dgilis...
taburi la bunga karepole...
pengantin duduk tersenyum...
sambil tgk org buka silat pulut kunyit,...

hhahahaha!

s * h * i * m * a * h * z said...

ikhlas btl pmpuan tu.. hrp2 lelaki tu takan sia2 kan dia pas kawen nnt

Leeds Al-Malique said...

camne kaya pun aku, aku takkan tanggung lelaki.

soal jujur terlalu abstrak.

hhehehheee

tintaHati said...

Apa guna dapat suami kaya raya kalau nanti dengan harta benda dia tuh dia berjoli dengan pompuan keliling pinggang.

Apa guna dapat suami tak berharta kalau denagn kemiskinan itu menjadi punca persengketaan yang kelak meruntuhkan mahligai bahgia?

Carilah suami yang soleh. InsyaAllah susah dan senang kekal selamanya!

p/s: apsal aku cakap mcm org dewasa ni??

bang_gugar : said...

salam,
dah ada pun pengomen 'tuan' boleh la saya masuk..
dah jodoh dia... hehehe

(",)

lindosh said...

bertuah kan lelaki ituk..

apa yg kita buat pong biarlah dengan keikhlasan..

13may said...

salam RM,
Menarik cerita nih...

Lelaki ikhlas memang byk...
Lelaki ikhlas ada makna pun bersepah
Lelaki ikhlas tapi jauh pun berselerak
Lelaki buat buat ikhlas berterabur sana sini....

tengok...lelaki memang ikhlas kan:)

RaFFLeSiA MeRaH said...

SHUHADA : betul tu...

SUNAN JATI : sukerrr la lagu tuuu...

SHIMAHZ : harap2 camtu laaa...sampai mati dihargai ape yg pompuan tu dah lakukan...

LEEDS : hehehe...tu la kan, mcm dah dunia terbalik la pulak...

TINTAHATI : bagus sekali komen tinta kali nihhh...tahniah pemikiran dah matang la tuuu...

BANG GUGAR : haáh...jodoh kita hanya tuhan yg tentukan...

LINDOSH : haáh...keikhlas tu la susah kita nak cari dlm hidup nihhh...

13MAY : betul la sgt tuuuu...

Anul said...

Waaa..aku pn jujur jugak orangnya..ahaahaha!!tp tak dapat la awek yg nk blanja sume...dapat sama2 share sikit jadi laaaa...ahahah!!

RaFFLeSiA MeRaH said...

ANUL : nak belanja seme, jgn harap lerrr, susah nak jumpa...tapi kalo same2 tu dah kira tolak ansur, okla tu kot...