07 March 2007

Lawak Tapi Ader Betulnya....



Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu
hari pada masa
Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih
kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi
seluruh tubuhnyer dgn
pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji
mata and membawa mesin
gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup
MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki
itu maka segeralah bertempiaran lari para
jemaah itu utk menyelamatkan
diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya
tinggal lebih kurang
20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat
masing-masing termasuk Pak
Imam tu... Lelaki yang bertempik tadi segera
membuka tutup mukanya lalu
melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok
Pak Imam, saya dah halau
SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak
Imam mulakan sembahyang
Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling
dan meninggalkan jemaah....

Macammana.. adakah anda rasa lawak
dgn cerita di atas. selain
terhibur anda fikirkanlah. ..


" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya
20 yg betul-betul beriman... "

" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah
lupakan ALLAH bila
menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya
membawa mesin-gun.. dia tak
kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru kena ugut terus lari
lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang
jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma
seminggu sahaja.. tu pun bila time
sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org
kampung.. ada tu lagi dashyat
setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip
dan apa yang di tulis
oleh surat khabar daripada apa yang tercatit
dalam al Quran"

"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia
hanya sementara, akhirat adalah
tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba
mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend
atau girlfriend berejam-rejam
tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup
masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak
thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua
tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2
yang berunsur agama

p/s : malas nak edit dah...janji korg leh baca yerkkkk...no idea la skrg nihhh...ni aku dpt dari e-mail...satu lagi pesanan utk lindosh, ko nyer blog dah tukar wajah baru ekk, cantik sgt, tapi aku x leh nak komen, naper yerkkk??

18 comments:

aNIe said...

Lawak...tapi sarat dengan pengajaran dan dapat membuka mata kita yang sentiasa lalai....

Anonymous said...

mmg lawak tapi kalau u.. u lari tak? klu i mmg i lari sbb terperanjat... tapi musti dtg balik... sembahyang musti mau sembahyang beb...
dp

kakLuna said...

kalau ramai yang pekak dan buta..mesti tak larinya :)

Tok Ketua said...

bagus entry. sesamalah kita nasihat menasihati sesama kita

CikguAndey said...

mesti pak imam tu lempang manusia bertopeng tu. Tak pasal-pasal tinggal 20 jemaah je. Macam mana nak solat.

RaFFLeSiA MeRaH said...

KAKLADY,

haáh...betul tu kak, jadikan pengajaran pada citer dia...

ANONYMOUS,

ntah, i rasa i pun lari same, kalo dpt peluang lari laa...hehehe...

KAKLUNA,

hehehehe...kalo buta ngan pekak, sah2 manusia bertopeng tu pun jadi bodoh...

TOK KETUA,

tima kasih puji entry kali ni...

PAYAKUBOR,

hehehe...haáh, takut pak imam pun same cabut lari....

Anonymous said...

byk pengajaran yg dapt diperolehi...moga kita semua dikuatkan iman...insyaallah

Masy said...

20 org leh ke semayang jumaat? apsal dua org yg ngalau org2 hipokrit tu x semayang, apsal diorang kuar lak? huhu~

rasanya lom sempat dorang kuar, pak imam dah tempeleng itu dua ekor setan ahakss

tp pengajarannya, kene yakin dgn Allah - dah kata sape sanggup mati kerana Allah, kan mati syahid tu. huhu~

RaFFLeSiA MeRaH said...

IMAN MAWADDAH,

haáh, byk pengajaran kalo diamat-amati bebetul...

MASY,

hehehehe...pasal dah takut kena tembak, tu yg berkejor lari lintang pukang....sape yg x takut mati ye dok....hehehehe...

ILA said...

firstly nk wish "SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA"..bruntunglah anda kerana tergolong yg b'nama wanita.

Ohhhh~~~~ dah dpt e-mail yg sma dr tahun lepas. Lantas rasa insaffff~~~~

achik said...

lawak.. tapi memang ada betulnya...

a'ah la, tak leh komen kat blog lindosh... dah la makin cun bangat :D

Ummi M.I.M.S said...

ha ah la.. mmg lawak.. tp sedih gak.. yer la.. pnyer ramai ngaku islam tp sikit jer yg betul2 beriman..

anyway slamat berblog.. terma kasih sbb drop by kt kiternyer blog.. ntah apa2 blog ntah.. kiter baru2 nk cuba jerr..

RaFFLeSiA MeRaH said...

ILA,

hehehe...tima kasih, dah 2 org wish kat kita...anda pun wanita gak...

ACHIK,

ha...ko pun same gak kan? ingat aku nyer pc yg problem x leh komen....

UMI YG TOMEYYY,

alaa...memula dulu kita pun tah ape2 wat blog, lelame nanti ok la tuuuu....

Ina said...

Hahaha mmg lawak. Tapi tu la kan hakikatnyer. Kiter diri sendiri ni pun tataulah iman sekuat mana. Bila diuji baru tau betapa lemahnyer kan. Harap2nyer iman tu akan berkekalan dan bertambah lah dari hari ke hari, InsyaAllah.

HAPPYIRFA said...

LAWAK..
bagi org yg tak fikir dgn betul tp
PENGAJARAN...
bg yg dapat berfikir dgn betul.
hari copy paste lak yer..x dak idea ker?janji update..he he

akirasuri said...

saya tak tahu adakah saya dikalangan 20 orang tu..mudahan saya dalam kalangan 20 orang itu..aminn..

RaFFLeSiA MeRaH said...

INA & HAPPYIRFA,

haáh...betul tuuuhhh...

AKIRASURI,

insyallah...mudah mudahan...

shimahz said...

penah dpt email ni.. mmg patut baca and jadikan pengajaran.
lawak2 ni sbnrnya nak perli manusia2 secara tak direct..