28 August 2006

Yang Diidamkan dan Dicitakan...

Rata2 biodata yang tak rata dari kaum hawa semuanya mesti ada ayat2 sebegini:
1). Calon suami yang tidak merokok.
2). Calon suami yang bersembahyang, taat pada perintah Allah
3). Penyayang, Penyabar
4). Suka Berterus terang.
5). Romantik
6). TIdak mempermainkan Kaum Hawa
7). Berbudi Bahasa
8). Kelakar

hakikatnya....

1). Purata 9 daripada 10 lelaki adalah perokok, camner la korang nak carik yang tak merokok...kekadang tu dia tak merokok depan korang...tapi belakang

2). Yup, Sembahyang @ Solat... yang diwajibkan ada 5, tapi alahai...kadang2 dapat 3 pun dah besar rahmat dah la..Wallahualam..

3). Penyayang & Penyabor?? mungkin masa bercinta & masa tengah carik jodoh jer kot...riso lepas kawin jadik Penerajang & Penampor jerk..

4). Lelaki memang suka berterus terang...takde gelap2 punya...omputih kata straight 2 the point...melayu kata, sound tepat...

5). Romantik? apa definisi romantik yang sebenarnya? cari dalam kamus tengok - camner ciri2 lelaki romantik...sesapa leh huraikan??

6). Kaum lelaki memang tidak pernah sesekali mempermainkan kaum Hawa..never...ever...forever... hakikat yang berlaku sekarang ni...kaum lelaki la yang banyak kena main dengan kaum Hawa...lelaki kalau dia kata dia sayang, dia cinta.... arus elektrik pun tak dapat hanyutkan dia....but ingat....itu kalau dia kata dia sayang or cinta jerk

7). Berbudi Bahasa ni kena tengok dengan attitude seseorang tu..kalau cara dia cakap dengan kita pun macam hampeh, takkan la dia tak hampeh depan mak bapak kita esok. nak yang betul berbudi?? cari la yang tak hampeh...

8). Kelakar....nampak gaya kaum lelaki kena langgan majalah ujang la...supaya ada modal time dating nanti...memang best dapat pasangan yang kelakar...tapi kalau sebijik macam Mr. Bean...rasanya mak bapak kita pun malu nak ngaku menantu..kan..kan...kan?

Apa yang kaum hawa tulis semua tu...dapat ker korang cari yang ada kesemua ciri tu....kalau dapat...berapa lama?? masihkah ada lelaki sedemikian?? takut2 kalau dah pupus jerk...carilah yang berkenan dihati...buat Solat Istikharah bila nak buat pilihan hidup..soal masa depan bukan mainan... jangan carik yang kemas berkemeja tapi rupa2 kerjanya Peragut, Penagih, Penipu dan semua P yang dikategorikan sebagai Penjenayah...Mana yang bersifat sementara masih ada peluang kita mengubahnya, mana yang kekal doakanlah moga Allah beri petunjuk dan hidayah padanya. Jangan kita terlalu memilih mengikut kehendak kita.... Jodoh & Pertemuan ketentuan Allah semuanya...Amin...
p/s : copyright dari e-mail aku jerk...sesape nak komen artikel ni, sila2....

11 comments:

Aku adalah aku said...

Selalunye kita takkan dapat 100% seperti yg diidamkan....maybe 30% ke 50% je ada....agaknye la....

RaFFLeSiA MeRaH said...

elly : tul2, aku sokong ko elly, tgk ct jer laa...walaupun automatik dpt title datin, tapi kena syer kasih syg kan?? emmm...apepun slmt pengantin baru aku ucapkan pada diorg...moga umahtangga yg dibina kekal sampai ujung nyawa...amin...

Babyfacekiller said...

100% betul la fact kat atas ni... sbnrnya kalo kita dah dapat laki yg baik tu... alahai bersyukurnya.... ;)

zamdee said...

fuhhh, baru ingat nak belasah.. rupa2 copy dr email.. xpe ler, sok-sok jer aku belasah, hehehe..

* aku tak isap rokok *

Kaklong Syikin said...

betul kata Me tu, apapun istikharah sblm buat pemilihan.

MDM FARAH FAIZURA said...

jika memilih aku..

kalian akan bisa mendapatkan semua
itu..

ehehehe

RaFFLeSiA MeRaH said...

zamdee : tu la keje ko ekk, asyik duk nak membelasah org jer..sib baik x lebam2 org ko belasah...

syikin : selain gerak hati kita, petunjuk tuhan tu perlu jugak...

dingin : wakakaka...promotion diri nampak...mega sale ker??

Sya said...

Apa yang diidamkan? Idam dan dapat.. perkataan idam tu aje dah menunjukkan susah nak dapat sebab yg mengandung selalu mengidam dan org mengidam selalunya nak yg pelik2 yg sukar didapati. Jadi betullah ayat tu apa yg diidamkan.. takkan dptnya lelaki cam tuh. Lagipun kalau tenguk org mengidam masa nak bukan main lagik tapi bila depan mata dirasa sikit aje dah tak nak... begitulah kalau dpt lelaki macam ni.. seolah-olah perfect gitu ...cheh membosankan

pendapat kak sya aje

NONIE AZIZ said...

MR setuju ngan komen Elly..kebiasaannya kita akan dapat 50% apa yang kita nak..itupun kalau yg bernasib baik...

Purpleheart said...

Tak semua yang diimpikan menjadi kenyataan.. asalkan si dia boleh terima kita seadanya pun alhamdulillah la, so kita pun kenalah gak terima dia seadanya..

Anonymous said...

[url=http://topsale24.co.uk/]Replica Breitling[/url]

rolex submariner date steel mens watch 16610-bkso
grade 1 genuine swiss replica watch
ultimate replica watches review
trustworthy replica watch sites
rolex yachtmaster ii mens watch 116689

http://watchesshop24.co.uk/