15 August 2006

Makan Best...Tido Pun Best....



14 Ogos 2006 (Isnin)

Skrg ni aku kalau letak kepala kat bantal, memang automatik terus tido…takat baca fatihah sekali, pastu memang takder tunggu2 lagi la dah…apsal ekk? nak kata penat, penat pasal ape?? agaknyer time kat opis aku terlalu lame mengadap pc aku kot…yer laah, skrg aku dah sonok wat blog aku sendiri..betul, dpt kepuasan sendiri, hehehe…ala2 cam tulis dairi kita la kat sini, cam tulis novel pun ader gak..kalau tuan punyer blog ni pandai guna bahasa, lagi ok…tapi aku memang surrender la bab2 bahasa2 unik ni…memang aku x pandai langsung, memang x der bakat langsung nak wat cerpen, inikan pulak nak hasilkan novel, jgn harap…sampai ke tua memang satu novel pun aku x leh nak buat…wakakaka.. tapi adik aku dulu penah lah jugak wat cerpen, kalau nak buat bentuk novel pun boleh gak kot, tapi novel nipis jer la…yg takat 100 muka surat tu…hehehe, ingat lagi x dik?? watak yg dia pakai masa tu, watak utamanya mestilah dia sendiri áin farhana’ hehehe…name kan main glamer, pastu seingat aku yg lelaki nyer watak tu name dia iskandar (ingat lagi x gitaris kumpulan spring tu…hehehe, ko minat kat mamat tu dulu ye dik? ) wakakaka…tapi aku dah x ingat sgt la jln cerita yg dia buat…cuma yg aku ingat watak iskandar tu memang sebagai gitaris gak laa…

emmm…malam tadi kalau korg nak tau, aku bukak pose cam perut aku ni ader dua bahagian perut, satu sebelah kanan, satu sebelah kiri…mula2 aku mkn time pas magrib tu…fuhhh, ni memang x pandang kiri kanan nyer laa…housemate aku lalu lalang pun aku wat do no jer dah…takat aku pelawa dia stail ajak2 ayam jer laa, lantak ler…yg penting aku nak kenyangkan perut aku dulu…aku rasa dia pun terliur tgk makanan aku mlm td…tapi kalau aku pelawa di betul2, alamat aku x leh nak bertambah lak nanti…last2 aku mkn dekat 2 pinggan, hehehehe, korg nak tahu menu ape aku mkn mlm td? Nasi putih + ayam goreng seketul + masak lemak nangka campur ikan masin + ulam petai, timun, kacang bendi, salad + sambal belacan, fuhhh….sendat perut aku, pastu cuci mulut ngan kuih tepung pelita…agaknyer akak (housemate aku tu) x tahan tgk ape aku mkn, last2 senyap dlm bilik…wakakaka…nasib lerr, kalau byk aku pelawa gak dia…tapi korg jgn ingat aku yg duk masak semua tu…tu sumer ihsan dari meeting kat opis aku…untung duk kat opis aku ni, time ader mesyuarat ker, ader majlis ape2 ler, mesti dpt bungkus bwk balik, tapi aku jarang wat sumer ni, time org x ramai boleh laa…time org ramai kat opis, aku lebih suka bagi peluang diorg mkn dulu….

Oklah…sambung citer, satu bahagian perut dah penuh, lepak2 depan tv sampai kul 11, perut aku dah lapar balik, wakakaka….ni memang perut stokin cam adik aku selalu cakap…ape lagi, round kedua la aku,….kalau korg mesti dah x mkn kan?? aku ni lain skit…time aku selera memang selera betul2 laa, x penah jemu aku nak jamu perut aku ni…so, sumer sekali licin mlm td, takder tinggal aper pun, meja mkn aku pun clear mlm td…kemas sekemas kemasnya…bahagian perut kedua aku dah penuh pun, mata pun dah lalok…ape lagi, kul 11 aku dah ready nak tido…hishhh, time2 nak tido ni ader la gangguan dari bf aku, hehehe, x der la aku anggap gangguan…tapi aku sonok sgt dpt msg dari dia ni…sbb dia ni jenis org yg x suka nak main2 msg ni kalau korg nak tahu…dari dulu lagi dia dah ngaku…so, aku dah paham laa…korg nak baca skit x msg dia bagi kat aku mlm td? Bih kurang camni la bunyi dia…syg dah tido ker? abg baru balik main badminton ni...sok pagi syg kejut abg kul 6 ekk, abg nak kuar awal skit pagi sok…slmt mlm, miss u… dah x larat dah aku nak reply balik…tido sampai ke pagi…syoknyer tido ni ekkk…ader tak org kata tido tak syok? cuba korang angkat tangan…ader tak?? hehehehe….

1 comment:

ayu_mkay said...

makan & tido mmg 2 xtvt yg beeessstttt... jgn lupa ajak sekali ekk klu nk buat xtvt tu.. hehehe... salam kenal dr ayuMK.. mekasih sudi berkunjung tiba