11 August 2006

Erti Perkahwinan....

Insyallah kalau aku ada jodoh, kalau aku dah jadi isteri nanti, aku nak jaga hati pasangan aku betul2, kalau boleh aku tak nak lukakan hati dia, tak nak kecewakan hidup dia, harap dia pun ada rasa yang sama…org kata laaa, bukan aku yang kata, perkahwinan itu cukup indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan, bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya…emmm, betulkan, kalau niat kita tak betul, maka perkahwinan itu dah lari dari maksud sebenarnya…bagi aku berkahwin ni biarlah demi tuhan dan nabi, bukan atas ikutan perasaan dan kebiasaan…tak semestinya semua yang kita sangkakan membahagiakan itu benar-benar bahagia. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga turut datang sama, yang penting kesabaran dan ketabahan yg perlu ada pada setiap diri kita…

2 comments:

elly said...

betul tu...ko sama la ngan aku...aku setuju...

PuteriSatu said...

aá..aku pun sama...mueheheh...aku pun sama..sama..sama...muahahahah....