04 October 2012

KUIH SAGU GULA MELAKA


 
BAHAN-BAHAN SAGU :
 
 
1 peket sago - anggaran 250 grm
2.5 liter air - secukupnya untuk rebus/masak sago
sedikit pewarna makanan atau pati daun pandan
(tp sy guna sagu warna hijau tu ajer...mudah)

BAHAN SIRAP GULA MELAKA :

1 ketul gula melaka - dipotong kecil
1/2 cawan air - boleh tambah
3 sudu besar gula pasir - boleh tambah
sehelai daun pandan - disimpul


BAHAN SANTAN :
Pati santan kelapa secukupnya
secubit garam
* semua bahan boleh ditambah atau dikurangkan ikut pada citarasa sendiri

CARA MASAK :

Jika anda guna pati daun pandan untuk warna mula-mula anda perlu kisar daun pandan dengan sedikit air dan tos ambil pati air daun pandan itu

Mula-mula didihkan atau masak 2.5 liter atau lebih dalam periuk yang sesuai , bila dah cukup panas terus masukkan satu peket biji sago ni dan sedikit pewarna hijau atau pati daun pandan . Kacau sekali-sekala supaya biji sago tidak melekat dan masak sekata . Jika masa masak biji sago tu air jadi sikit boleh ditambah lagi air supaya biji sago tak jadi kering atau hangit . Biarkan sampai biji sago masak kembang sehingga menjadi jernih - tiada biji putih ditengah biji sago ni . Bila biji sago dah masak terus ceduk sedikit demi sedikit sago masukkan dalam penapis dan cuci biji sago ni untuk buang kanjinya . Masukkan biji sago dalam acuan atau mangkuk yang sesuai dan simpan dalam peti sejuk .

Untuk santannya - masukkan santan secukupnya dengan secubit garam dan masak dengan api kecil jika santan terlalu pekat boleh ditambah sedikit air . Kacau santan sehingga mendidih kemudian tutup api dapur dan biar sejuk . Tujuan masukkan sedikit garam untuk membangkitkan rasa lemak. (Sy guna kelapa parut sahaja, masa memerah santan sy guna air masak...so, memg sy x masakkan ajer lah santannya).

Untuk gula melaka - masukkan gula melaka dengan air secukupnya , air jangan banyak sangat nanti gula jadi terlalu cair . Simpul helai daun pandan dan masukkan dalam periuk . Kacau semua bahan sampai gula cair dan pekat , tos dan sejukkan .