12 October 2006

Siap-Siap Nak Rayaaaaa.......

Haaa…lame x update blog aku yg dah seakan-akan kusam dan hampir bersawang dah ni…tak berseri langsung lately ni, dekat2 nak raya ni patut kenalah hias cantik2 skit, bagi cun melecun gitu…nak touch-up x pandai lagi laa, hehehehe…takat update entry baru tu boleh lerrr…bukan ape, isnin ngan selasa ri tu aku bercuti balik kampung, hantar mak aku balik, pastu smlm nak update dah tapi internet nyer line slow bebenor…sampaikan aku nampak budak IT datang kat bahagian aku ni rasa cam nak lesing jer, hehehehe….keylah, taknak tambah dosa ler, kita citer bab lain pulak ekk, masuk ri ni dah nak masuk 19 hari kita sebagai umat islam menjalani ibadah puasa, x sedar jer kita dah nak raya…yeyeyey, x sampai 2 minggu lagi kita dah nak raya, camner persiapan korang? mesti bershopping sakan ler korang nak sambut raya tahun ni kan, nak pulak yg keje ngan gomen, dengar citer dpt durian runtuh dekat nak raya ni…ape lagi kalau bukan bonus, yeyeyey…bestnyer, cam aku gak laaa, duit lum ader dah mcm2 perancangan kat kepala otak ni, tu nak beli, ni nak beli…korang nak tahu tak, ssssyyyyy…jgn bising2, aku ni salah sorg pemboros yg ader kat malaysia ni, muehehehe…betul, aku mengaku…pantang ader duit kat tgn, ader jer benda aku nak beli, senang jer aku perabih duit…camner nak buat pun tak tahu…korang bagi nasihat skit la kat aku ni…kalau tak parah dibuatnyer…

Persiapan raya aku? mmmm…mcm tahun2 lepas gak, start pose ri tu aderlah tempah kuih raya ngan member opis, adik duk peringat jangan order bebyk, kalau ikutkan memang sesaper jer yg tunjuk aku contoh kuih raya aku akan order, tahlaa, salah satu sbb pasal nafsu puasa, satu lagi aku ni jenis cepat kesian kat orang nak berniaga ni…kalau x order cam hampa jer org tuuu…cam x der smgt jer dia nak berjual…so, campur tolak darab bahagi budget aku untuk kuih raya lebih kurang 100 ringgit gitu lerr, nak kena budget awal2 ler kalau cenggini, kalau tak mahu pose sebulan lagi aku pas raya ni, muehehehehe… kuih ape aku order? mmmm…aku pun cam dah lupa, kuih london almond, tart nenas, popia simpul…hishhh, betul aku x hingat ler, ader ler kacang2 tu aku order jugak…nanti ler pas raya aku citer balik senarai kuih aku order tu yerk…

Itu citer kuih raya, ni nak sentuh bab baju raya…haaa, kalau dah raya org pompuan mesti duk prepare baju raya kan…aku? bab baju raya ni aku tak kisah sgt, mane baju opis yg aku pakai, tu ler baju raya aku…bukan aper, kalau aku pakai baju opis kat kampung, org kampung mane nak tahu baju tu baju lame ke baju baru, tul dak? lain ler org kampung tu bebudak opis aku nihhh…so, ape aku nak kisah…hehehe, tapi bukanlah takder langsung baju baru utk raya ni, ader sepasang ri tu beli kat member, tu pun takat 20 ringgit jer, tak tahu lah mak aku dah jahit ke belum, tak jahit pun aku x kisah…korg nak tahu tak, mak aku tailor kat kampung tuu…memang seumur hidup aku tak pernah tempah baju kat memaner tailor lain, sonok mak jadi tailor ni, salah satu sbb nyer tempah baju takyah nak bayar satu sen pun, hehehehe…kat opis ni ader lah 2/3 orang yg suka tempah baju ngan mak aku walaupun lambat siap tapi depa kata syok pakai baju mak aku jahit…mlm tadi dekat kul 12 jahit baju depa yg hampir nak siap tuh, mak aku jahit segala bagai, aku tukang jahit span ngan sembat kaki baju ngan hujung lengan…haa, tu la keje aku, part yg last sekali, tapi tu pun jenuh aku nak siapkan selai mlm td, aku ni minat kurang skit bab2 jahit menjahit ni, ader la angan2 kat kepala ni nak bukak kedai jahit, pastu bila dah maju mesti kedai jahit tu leh tukar jadi butik, pastu aku leh jadi tokey butik, muehehehe…cita2 cam hape jerk, takperlaa…ader gak citer2 kan, dari takde langsung…keyla, ari ni opis aku ader wat jual2 kuih, nak gi beli laaaaa…ghe ghe ghe….

05 October 2006

Ala-Ala Hantaran Gitu...






Korang tgk gambar kat atas ni, rasa2 cantik tak kalau dibuat hantaran untuk majlis pertunangan?? Mintak korang bagi komen jerr…actually tu bukanlah aku nyer hasil kerja tangan…member chatting aku yg reka khas untuk kwn dia masa bertunang ari tu…aku just belek2 gambar tu, kot2 leh ikut idea dia…pasal aku memang langsung x kreatif bab2 camni, bab2 gubah bunga ker, memang aku x minat, kalau aku tgk org buat apepun, nampak lawa jer pada mata aku, bila aku buat sendiri, ikutlah camner org buat pun tapi gubahan tu still kaku, beku dan kejung, muehehehe…nape ekkk…takperlah, kali ni aku terpaksa gak gubah sendiri hantaran aku ni…memula dulu memang cam ura2 nak bagi adik aku jer yg tolong gubahkan, tapi rasa simpati aku kat dia skrg ni meluap2 la pulak, mcm nasi yg penuh time menggelegak kat atas dapur tuu…haa, camtu ler lebih kurang…yerlah, korang pun tahu skrg ni dia tgh camner kan…tgh peknen, rasa lemah badan, rasa pening kepala, rasa nak baring, rasa nak tido, rasa nak bersantai sepanjang masa…takperlah dik, ko rehatlah bebetul…jaga kandungan ko tu baik2 yerk…hehehehe…aku leh buat sendiri mane yg aku mampu, tak mampu aku tibai letak barang2 tu atas dulang, abih citer…wakakaka…

Berbalik pada gambar hantaran tadi tu ekk…eh2, mesti korang tertanye-tanyer kan, bila aku nak tunang?? insyaallah kalau takder aral melintang patah, kalau diizinkan tuhan, moga2 perjalanan aku dipermudahkan tuhan, insyallah 05 November 2006, seminggu lepas raya lebih kurang camtu lah, akan ader majlis kecil-kecilan kat umah di kampung aku…hishhh, perabih segan aku ni aihhhh…rasa cam x nak tunang pun ader, aku bab2 camni memang bercinta org kata…nak jadi tumpuan org ramai ni aku memang cukup tak berkenan…malu aiihhhh…tapi nak wat camner, dah memang itu adat resam budaya org melayu, org islam…emmm, ikut jer la….ikut perancangan aku ngan dia, bagi aku tak perlu nak hantar byk2 barang pun, cukuplah dia bwk 5 aku balas 7, rasa2 sesuai tak kalau aku bagi dia, sirih junjung, baju t-shirt kolar, sejadah, pot pori, coklat, buah, kuih manis…boleh?? Kalau tak ok korang kasi opinion skit kat aku ehhh..

So, gambar kat atas ni pada korang ok tak?? x nampak simple sgt ker?? tema aku memang kaler purple pun, ader lah satu hantaran aku dah cuba ikut cam member aku nyer gubahan ni, tapi nampak cam simple sgt pulak, nak tambah bunga byk2 nampak serabut lak, korang bagi idea sikit2 leh tak? kalau sesaper yg nak sumbang idea laa, kalau yg memang no idea tu jangan lak paksa2 perah otak lak nak pikir pasal ni sumer, nak pulak bulan2 puasa ni, kang tak memasal migrain pulak…muehehehe…aku ni sebenarnya no idea sgt ler ari ni, kering idea nak citer ape pun tak tahu..tapi sesekali nak gak update blog aku, asyik tgk blog org jer dah di update, ape citerrrrrrrrrrrr….oklah yerk, aku nak kena kuar satni, ader hal skit…sila2 bagi komen ape yg patut…pai pai…

03 October 2006

Kisah Yang Menyayat Hati...Menyentuh Hati...

Aduiii…ngantuk bebenor mata aku ni, nak menaip pun cam mamai jer, rasa cam nak terlelap sgt2 dah..pagi tadi pun nyaris terbabas subuh, pas sahur aku leh tido balik, tu lah padahnyer wat perangai camtu, sib baik ler aku ni bukan jenis duk berejam dlm bilik air…x sampai 10 minit aku dah siap mandi, melainkan kalau termasuk pelaburan sekali ler, lebih ler skit minit tu di amik… Ngantuk aku ni bukan pasal bergayut memalam ker, mengaji memalam ker, smbhyg tahajud memlm ker…kalau sbb tu besar pahala aku dpt bulan2 pose ni kan?? hishhh…mlm td pun sempat baca 2 muka surat jer quran, masuk muka surat ke 3 mata dah mula mengecik, ader iblis gak bulan2 pose ni ekk?? Sebenarnya mlm td lepas kul 12 mlm ingat nak tido dah…tapi sesape yg tinggal kat area kl ni, mesti korg sedar dlm kul 12 lebih cuaca x ok, ujan lebat dengan angin kencang melanda ibu negara..masa tu aku baru jer nak letak kepala kat bantal, tetiba dengar satu bunyi kuat, ingatkan aper..jenguk2 kat tingkap pokok kat bwh mcm nak tumbang jer ditiup angin, dengan ujan yg lebat sgt2…hishhh, naik gerun aku tgk cuaca mlm tadi…

Tetiba, kepala otak aku terpikir pada satu makhluk tuhan, korang nak tahu?? Sekor kucing putih ekor panjang, mata kaler biru yg ader anak baru celik mata nak tgk dunia…sekor kaler putih ikut kaler ibu dia, sekor lagi kaler kuning (gomoknyerrrr, gebu jer bulu diorg ni…kalau korg nak tahu aku ni memang peminat kucing no.1) Kucing2 tu ader kat luar umah aku…duk kat depan pintu jiran depan umah aku…akak tu pun suka kucing gak…tapi dia dah ader 2 ekor kucing sendiri, so memang takder niat nak bela pun..tapi tu laa, bagus akak ni…siap buatkan tempat utk anak2 kucing tu tido walaupun lokasinyer cuma kat luar rumah…tapi bolehla kucing tu nak berteduh, nak berlindung dari kesejukan…jiran2 aku ni walaupun bukan jenis peramah maner, tapi kebanyakannya ader perikemanusiaan dan perikebinatangan (muehehehe…ader ke word tu dlm kamus ekk) uncle cina kat bwh umah aku tu pun samer…selalu aku tgk bagi kucing putih tu mkn friskies, sonok aku tgk diorg layan kucing tu baik2, melainkan sorg jiran kat tangga pertama umah aku, hishhh...cukup tak suker, sib baik ri tu x bergaduh besar pasal paip air (ahhhhh, x nak citerlah pasal org camtu, buat sakit ati, buat sakit jiwa) okla, citer pasal kucing tu lagi baik, dan selama 3 hari aku dah balik umah aku (minggu lepas seminggu aku menginap umah adik aku), selama tu ler aku selalu bwk kucing putih tu masuk umah, sajer nak bermanja ngan dia…hehehehe…kalau kat kampung memang aku suka main ngan 5 ekor kucing yg mak aku pelihara, ari tu masa mak aku tido umah aku, dia ader gak ckp, kalau betul kucing2 ni x der tuan dia mcm nak bwk balik kg ujung minggu ni…heheheh (aku setuju, aku sokong sesgt…moga2 impian mak aku tercapai gak nak pelihara kucing2 tu…)

Ok2…sambung citer mlm td, bila aku teringat kat kucing putih tu cecepat aku bukak pintu depan, aku tgk kucing putih tu dah ader kat depan pintu umah aku, simen kat luar tu pun aku tgk dah basah ngan air ujan, yerlaa…korg bayangkan lah kalau dah ujan selebat tu ditambah ngan angin kencang, mahunyer tak basah sumer tempat…cecepat aku jenguk kotak tempat anak2 kucing tu tidor…siannyerrrrr, dah basah rupenyer tempat diorg tuuu…(sori yerr…aku tgh sebak sambil menaip ni, sob sob…aku nak nangis, dah bergenang air mata aku…camner nak cover ni, nanti org nampak aku nangis, kata aku putus cinta lak, heheheh….) pastu bila aku nampak kucing2 tu memang aku x sampai hati nak biarkan diorg basah, aku amik kucing2 tu bwk masuk umah aku…nak letak kat ruang tamu, nanti member sebelah nampak kang x puas hati pulak diorg, pikir2 balik baik aku bwk masuk bilik, time nak masuk bilik, member sebelah nak masuk bilik air…aku wat tak tahu jerr…lantak lerrr, janji aku nak selamatkan kucing2 tu…dah masuk bilik ape aku nak buat ngan kucing ni ekk? haa…aku dpt satu idea, rak kain plastik yg 3 tingkat dlm bilik aku tu, aku kosongkan bahagian bwh sekali, aku alas ngan kain…pastu aku letakkan kucing2 tu dlm rak tu (sambil aku kesat2 badan kucing tu yg dah basah ngan air hujan) comel jer anak2 kucing tu menetek ibu dia…sambil aku tgk, sambil aku nangis…memang aku ni jenis sensitif tgk kucing terbiar camtu…dlm kul 2 lebih ujan pun dah reda…ibu kucing tu pun cam dah boring, mungkin x biasa kot… takut nanti x pasal2 dia nak membuang kang satu hal pulak, dahlah pintu depan bertutup, maner la dia pandai nak bukak pintu umah, muehehehe…aku jenguk kat tingkap umah aku, ujan pun dah berenti, aku cari kotak kat bwh katil aku (kotak tu dah siap balut ngan wrapping paper lagi…lawa, kalau korg tgk cam kotak hadiah tu…) aku alas ngan kain, aku angkat anak2 kucing tu…bwk kuar umah aku…emmm…siannyerr, tapi aku terpaksa jugak kuarkan diorg…pagi tadi aku tgk elok jer kucing tu tido dlm kotak aku hadiahkan kat diorg tuuu…moga2 tuhan lindungi kucing2 tuuu sumer…amin….

28 September 2006

Menu Berbuka Pose...

MENU BERBUKA HARI PERTAMA

Nasi + Daging Masak Lemak + Bayam Merah Goreng + Ikan Patin Goreng + Sambal Tumis Ikan Patin + Sambal Belacan + Ulam Kacang Botol / Petai + Air Oren Sanquick + Kurma + Buah Lai + Goreng Pisang + Pengat Pisang + Kuih Temosa

MENU BERBUKA HARI KEDUA

Nasi + Masak Lemak Sayur Maman + Tomyam + Ikan Patin / Ayam Goreng + Sambal Tempoyak + Ulam Petai / Kacang Botol + Tauhu Sumbat + Popia Goreng + Kuih Buah Melaka + Air Oren Sanquick + Kurma + Buah Lai

MENU BERBUKA HARI KETIGA

Nasi + Asam Pedas Ikan Pari + Rendang Hati Ayam + Ikan Cencaru Bakar Cicah Air Asam + Ikan Terubuk Goreng + Ulam Kacang Botel + Kuih Ketayap + Kuih Seri Muka + Karamel + Roti Gulung + Kurma + Air Teh Susu + Bubur Pisang

MENU BERBUKA HARI KEEMPAT

Nasi + Sayur Lemak Nangka + Kerabu Taugeh + Sup Tulang + Ikan Bilis Goreng Ngan Tempe + Pajeri Terung + Ayam Percik + Ayam Golek + Ikan Talapia Goreng + Air Teh Susu + Kuih Kaswi + Agar-Agar Hijau + Tauhu Sumbat + Kurma

Itulah antara menu hidangan berbuka pose aku berempat selama 4 hari berpuasa ni, rasa cam terliur tak? jangan meleleh ayaq liuq korang tu sudah ler yerr..yg pasti tak semuanyer dimasak sendiri, certain2 tu tibai huluq duit jer kat bazar ramadhan…hehehe dan yg pastinyer time kitorg beli tu, tiap kali tu ler diorg yg bertiga tu melainkan aku ni, kena sakit perut…sampai mlm tadi pun ader yg x boleh nak menunaikan solat terawih, sakit perut punyer pasal…mak aku pun sempat wat 8 rakaat jer…apsal ekk perut aku leh tahan dari perut org lain? Adik aku kata dinding perut aku cam kulit boyer (wakakaka…) aku jwb cam kulit biawak…(wakakaka…) padahal kalau korg nak tahu dlm 4 org tu, aku ler yg paling byk sekali mkn, yg bertambah aku lerr…yg tukang perabih aku lerr…nak wat camner selera tinggi beb…

26 September 2006

Awal Bulan Pose...

Maiza Azrina : Slm Ramadhan Al-Mubarak, Semoga mendapat taufik dan hidayah kepada kita, Selamat Berpuasa (sms minah ni tah camner aku terdelete, bih2 kurang la ni, aku ingat2 jer ni…ko jgn marah azrina, ko tu tgh peknen…jgn suka memarah aku tau, hehehehe…)

Ieyta : Tiada Hari Seindah Jumaat, Tiada Kata Seindah Zikir, tiada Ibadah Seindah Solat, Tiada Bulan Seindah Ramadhan, Salam Ramadhan Al-Mubarak.

Nozie : Most Beautiful Word = Allah, Most Beautiful Song = Azan, World’s Perfect Encyclopedia = Al-Quran, Best Exercise = Praying, Best Diet = Fasting. Selamat Berpuasa.

Yatie : Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya, harta itu racun, zakat itu ubatnya, perkataan yg sia2 itu racun, zikir itu ubatnya, seluruh tahun itu racun, ramadhan itu ubatnya, seribu mlm itu racun, mlm lailatul qadar itu ubatnya. Slmt menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Lakukan ibadat sedaya kita mampu. Moga diberkati Allah.

Elly : Selamat Berpuasa…

Mas (UIA) : Bila nak buat jahat time bulan pose ni, pikirlah le byk kali, tanyer iman pasti jwb x boleh…tapi kalau tanyer aiman, habih arrr…sbb ape, nanti dia jwb – aiman tak kisah…Selamat Berpuasa (Nis nyer sms pun lebih kurang camni gak, hehehehe)

Kak Ina (Rompin) : Salam Ramadhan, semoga mendapat keinsafan dan keberkatan hendaknya, selamat berpuasa…

Linda : Selamat Berpose…(sori ganggu ko kat kg ari tu...)

Member Tganu : Harta yang paling untung sabar, teman yg paling akrab amal, pengawal yg paling waspada diam, bahasa yg paling indah senyum, org yang paling ensem…biasalah…yg antar sms ni la…(hehehehe) slmt berpuasa – perasannyer olang..

Bf aku : Selamat Berpuasa…balik kg nanti kim slm kat mak ayg ekk (adehhh…x kreatif, x puitis, x romantiknyerrrrrrrrrrrrr…..)

Sms Sesat : Walau Tangan Tak Terjabat Namun Hati Tetap Terikat. Sucikan Hati, Bersihkan Jiwa – Selamat Menyambut Bulan Suci Ramadhan (tah sape2 budak ni, aku pun x kenal, silap number katanyer...apepun thanks utk budak name izwan tu).


Itulah antara ucapan2 yg aku terima sempena sambutan bulan puasa ni…thanks utk u all…tak lupa jugak aku nak ucap Salam Ramadhan untuk sumer member2 blog aku, member2 chatting aku yg mane selalu baca blog aku ni…dah promotion tu, jgn lupa jenguk2 kat sini tau…aku suka bangat baca komen2 korang tu, kekdg tu time boring kat opis aku rajin baca byk kali komen2 korang tu, rasa terhibur sgt2, thanks very much…emmm, walaupun ari ni dah masuk ari ketiga puasa, tapi baru sgt lagi bagi aku…semangat puasa tu masih berkobar2, tapi time esok nak puasa tu lagi aku cam smgt nak bangun sahur..kebetulan pulak mlm 1st sahur tu aku berpeluang sahur kat kg, tapi x selera laa nak mkn nasi, takat satu senduk tu lepas la jugak kat tekak aku ni…dah 2 pagi ni pun aku still selera mkn buah kurma jer 2 biji, tu pun main paksa2 anak tekak aku ni menelan…mata ingat nak tido jer…dan dah 2 mlm ni jugak aku menginap kat umah adik aku, kat sebelah taman aku tinggal…dekat jer, naik keter x sampai 5 minit pun, bukan pasal aper aku duk melepak kat situ, kebetulan bonda (rasa cam erra fazira citer cindrella la pulak, muehehehe…) aku ikut kitorg balik dari pahang ahad baru ni, tu yg aku temankan dia duk situ, so…dah 3 ptg la jugak aku bukak pose reramai, same2 mak aku…same2 adik aku…same2 adik ipar aku (yon adik aku tu lerrr….sesape yg kenal puteri satu ler mesti tahu name manje hubby dia tuuu….)

Dan selama 2 mlm tu jugak, syukur alhamdulillah aku terawikh cukup 20 rakaat, tu pun temankan mak aku…hehehehe, sian gak kat dia nak balik sensorg tempat tak biasa, kalau aku sorg lum tentu lagi kot cukup 20 rakaat tu, cukup 8 rakaat pepandai jer mata aku ni pedih la, mata aku berair la, mata aku mamai ler…memcm jenis, memacam patern la iblis yg ader, penuh berwarna-warni kat tepi birai mata aku ni…jahatnyer nko iblis, cubalah hormat manusia cam aku ni skit…bagilah peluang aku wat pahala di bulan2 yg mulia ni, pastu nanti kalau ko nak goda aku pun ko goda laaa, sekali aku karate kang, baru ko tau…hehehehe..tahun ni, insyallah aku cuba jugak buat yg terbaik utk ramadhan kali ni, sementara umur ader, sementara kudrat ader ni…aku cuba semampu aku…insyallah….ni kira 1stime aku terawikh kat masjid, emmm…ramainyer umat, mlm pertama aku terawikh kat sebelah kanan aku tu ader sorg pompuan yg dah agak berumur, mungkin dlm 50an kot…adehhh, dari mula aku smbhyg isyak tu, sampai membawak ke terawikh 20 rakaat, witir 3 rakat, selama tu ler kaki aku kena tindih, aku ingat makcik tu x larat nak duduk betul2 kot…kaki aku asyik kena henyak jerr…naik pedih dah nkorang tahu, tapi aku tahankan jugak…takkan aku nak laser lak kat makcik tu kan?? dlm hati aku…memang dia duduk jenis camtu kot…redha jer laaa……mlm td dia duk sebelah mak aku pulak…mak aku pun citer camtu gak…tapi sib baik mlm td dah duk jarang2 skit…taklah teruk kaki mak aku kena belasah…hehehehe…oklaa…dah panjang sgt entry aku ni…korg baca dulu la mane yg korang termampu ekk…utk ilangkan ngantuk korg tu boleh la kott…sok nak citer bab juadah pose la pulak…baru best…ri ni kita tahan nafsu dulu yerrr…

21 September 2006

Koleksi Novel Cinta...








MAHLIGAI CINTA

Novel ini mampu mengajak anda menyelami watak-watak yang bermain dengan perasaan terhadap pasangan masing-masing sama ada kecewa, gembira, pasrah, sayang, cinta dan sebagainya. Namun, lumrah percintaan; ada cerita duka, ada cerita ceria, semuanya saling menyinggah. Tidak kiralah anak dara, tunangan, isteri, suami, janda malah dua sekalipun berjak memiliki anugerah paling agung - CINTA. MAHLIGAI CINTA - memuatkan momen-momen cinta, sengsara, suda dan duka. Antara kejujuran dan kepuraan, antara keikhlasan dan pendustaan. Ada cinta yang terhalang... ada rindu yang tercicir.

GEMERSIK KALBU

Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja. Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas! Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela. Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju! Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?

ADAM DAN HAWA

Ain, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yg berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yg ditinggalkan, menghitung hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah!Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik, perasaannya jadi gementar,hidupnya tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun 8 tahun lagi...

KAU KEKASIHKU

Dhira yang baru sahaja dilukai oleh seorang lelaki menyatakan bahawa dia tidak mahu bercinta lagi. Namun, hatinya kalah dengan kenyataannya itu apabila terpaut dengan Zairi ketika melancong ke Beijing. Sejak pertemuan yang membibitkan kenangan manis, hubungan Dhira dengan Zairi semakin mesra selepas pulang dari melancong. Namun, Dhira pasrah walaupun Zairi menunjukkan sikap prihatinnya dan cemburu, lelaki itu agak sukar menyatakan cinta kepadanya. Akhirnya, lafaz cinta keluar dari bibir Zairi dan ingin melamar Dhira menjadi suri dalam hidupnya. Namun, ada sesuatu yang menjadi persoalan dalam diri Dhira, apabila dia tidak pernah disentuh oleh suaminya sendiri selama di alam perkahwinan. Apakah masalah yang sedang dihadapi oleh Zairi? Mengapa dia tidak mahu menyentuh Dhira sedangkan tanggungjawab lain ditunaikan? Adakah kerana Dhira yang menjadi puncanya? Akhirnya, Dhira dapat menemui jawapannya yang sering membelenggu dirinya. Antara kasihan dan kasih, perlukah Dhira mengharunginya bersama suami tercinta?

p/s : Inilah antara novel-novel yang dah jadi koleksi aku...tapi tang nak membaca tu, aku ni lembap skit nak baca satu2 novel ni, kena amik masa skit...biasalah, bila dah time mengadap jer, mata aku ni cepat lalok, cepat mamai, last2 terus tertido, terus bermimpi...muehehehe...4 novel yg aku letak kat entry aku kali ni, kira yg terlatest aku beli laa, yg lain2 tu memang dah sedia wat koleksi...kalau korg tgk kat umah adik aku, buku citer aku beli bih kurang dlm 100 buah dah kot...kalau tak alaf 21, novel keluaran creatif enterprise (cesb) yg aku suka beli...lain2 keluaran, cam kureng skit, tapi biasa sebelum aku beli novel2 ni, aku suka tgk penulis dia jugak...kalau tak best wat perabih duit jer beli....CINTA menjadikan manusia lebih kuat tetapi cinta juga adakalanya menjadikan manusia sentiasa kehausan, kesakitan dan ingin berlari jauh. Apabila anda mula mendekati cinta, mula berjinak-jinak dengan cinta, mula merasakan nikmatnya cinta, awasilah langkah kerana ia datang bersama sendu, pilu, rindu, sayang dan adakalanya air mata dan kemurungan (copyright dari salah satu novel keluaran alaf 21)...

20 September 2006

Tahniah...Tahniah....

Tahniah!! Tahniah!! Minggu lepas memang ucapan ni lah yg terbanyak aku terima dari kengkwn aku, dari kengkwn chat aku. Korang jangan sangka aku naik pangkat pulak kot, hishhh…jauh ler lagi aku ni nak pangkat kalau dah ari2 duk berchatting, hari2 duk berblogger…saper nak bagi naik pangkat weiii….rasanyer kedudukan keje aku skrg ni masih di tahap lame, masih di kedudukan asal aku, walaupun Jabatan dah penah bagi penghargaan pada keje aku skrg ni..tapi nak naik pangkat camner kalau satu peksa pun lum penah aku pegi, wakakaka…tiap kali nak isi borang peksa jer, korg tahu? Mesti time tu laa dah tarikh tutup.. Korang mesti kata aku ni lembap kan?? yerlaa…dah tahu tarikh tutup nak dekat x reti2 nak isi borang awal2 ker?? kekekeke…apepun memang aku ni pelupa, lalai, kurang prihatin, bab2 nak tambah gaji ni, aku lembap skit…nak kata gaji aku dah berlebih, dah melambak, memang takder nyerlaa, kekdg cukup2 mkn jer pun…berlagak ker aku ni ekk?? tahla, mak aku selalu pesan kat aku bersyukur dengan aper yg ader skrg, tu pasal aku x kisah sgt nak lulus peksa ni untuk naik gaji ni…tapi tahun depan insyallah mesti nak pegi peksa PTK tu jugak…kalau aku lupa, sesaper yg keje ngan gomen tu, please2 la ingatkan aku ekk…cam si Maniq Kayangan tu aku rasa dia keje ngan gomen…(tul tak MK??)

Maiza Azrina (member chat kat johor)

Gtau kat SMS : askum…apsal ko diam jer, lame x nampak ko online kat ym? Ko bz ke skrg ni? sajer nak gtahu ko adik aku dah peknen 6 minggu, bih kurang ko jugak…
Reply kat YM : tahniah la…tak lame lagi ko dpt anak sedara...

Nozie (member chat kat subang)

Gtahu kat Skype : Pagi tadi adik aku gi chek doktor, aku dtg lambat ni sbb dia gi klinik dulu la, doktor kata dia dah peknen 6 minggu dah…
Reply kat Skype : ye ker…tahniah laaa…

Laili (member chat kat shah alam)

Gtahu kat SMS : Weiii…adik aku dah peknen, doktor kata dah 6 minggu…
Reply kat SMS : Ye ker…tahniah laa…patutlah duk diam jer dia skrg…

Linda (member chat kat johor)

Gtahu kat YM : Aku dtg masuk lewat ari ni, sbb adik aku gi jumpa doktor, period dah lewat, so…doktor dah sahkan dia peknen 6 minggu…
Reply kat YM : Oooo…ye ker…tahniah laa…jap lagi dpt anak buah la ko ekk…

Khairil (member chat kat seri kembangan)

Gtahu kat tipon : Awak…nak tahu citer adik sy?? adik sy dah peknen 6 minggu laa awk…
Reply kat tipon : Alhamdulillah, ye ker…tahniah laa….sy pun tumpang hepi

Suhaila (member dari sekolah rendah)

Gtahu kat tipon : Adik aku dah muntah2 skrg ni, dah 6 minggu dah doktor kata..
Reply kat tipon : Ye ker…alhamdulillah…tahniah laa…
Kak Ina (member satu rumah)

Gtahu kat umah : Kak ina…adik sy dah peknen 6 minggu dah doktor kata…
Reply kat umah : Ye ker…tahniah lah ckp kat dia…

Boypren Aku

Gtahu kat dlm keter : Abang…Adik ayang dah peknen 6 minggu dah doktor kata, tahun depan merasa la jadi mak sedara…(sambil sengih2…)
Reply kat dlm keter : Ye kerr….tahniah la kata kat adik ayang ekk…(sambil sengih2 gak)


Itula antara ucapan yg aku terima pasal berita adik aku peknen tuu, apepun aku memang hepi sesgt nak jadi mak sedara ni, yerlaa…sebelum ni memang x penah dlm hidup aku dpt anak buah sendiri…yg ader anak sepupu aku jerk…tu ler aku anggap mcm anak sedara betul aku, tapi tak samer gak kan…nak wat camner adik beradik tak ramai camni laa…org lain dah berpuluh2 anak sedara…aku ni dah umur 31 tahun sorg anak sedara pun lum dpt lagi…hehehehe…bukan aper, jodoh kitorg ni lambat skit, kan..emmm, doktor kata maybe bulan 5 baby tu lahir…aku doa2 moga2 sumernyer selamat…tapi kan? ari tu adik aku tanyer aku…ko nak kawin pas aku lahirkan baby ni ker, sebelum aku lahir kan baby ni?? muehehehehe…ngan muka seposen aku ni jwb aper…tah eekkk?? tapi yg pasti memang ko x kan boleh nak tolong camner aku tolong ko time kenduri kawin ko dulu…waaaaaaaaaaaaaa……aku terlewat kawin lerrr….(korang cuba bayangkan laa…time dia peknen, memang duk rehat jer la kan?? kalau dia dah ader baby pun, memang kelek anak jer laaa….) adehhhh, tapi kan, rasa2 cam nak bergambar ngan baby jerk dari duk bergambar ngan perut mak baby tu (mane comel, baby ke perut mak baby) muehehehehe……